Didakwa Bertengkar Isu Pemergian Tangmo Nida, Lelaki Ini Maut Terjun Kondominium

Gara-gara dipercayai bertengkar dengan rakannya berkaitan kes pemergian selebriti terkenal iaitu Tangmo Nida, seorang lelaki di Sutthisan, Thailand menghembuskan nafas terakhir selepas bertindak terjun dari balkoni sebuah kondominium.

Sumber: Instagram @melonp.official

Memetik laporan Bangkok Post, lelaki berusia 20 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan selepas melompat dari balkoni rumah rakannya.

Mendiang telah melawat rakannya yang berusia 30 tahun itu dan mereka dipercayai bertelingkah tentang isu pemergian Tangmo sebelum dia bertindak mengamuk kerana kalah dalam pertengkaran tersebut.

Lelaki terbabit merupakan seorang penulis fiksyen dan dia mendakwa tahu siapa dalang di sebalik pemergian aktres tersebut.

Walau bagaimanapun, rakan mangsa membuat pengakuan bahawa dia tidak melihat mendiang terjun dari balkoni kerana sedang bersembunyi di dalam bilik air.

“Saya bersembunyi di dalam bilik air dan hanya keluar apabila bunyi sudah reda. Saya membuat keputusan untuk membawa makanan kerana mahu menenangkan hati rakan.

Apabila keluar dari bilik air, saya mendapati mangsa sudah terjun dari balkoni,” ujarnya.

Rakan mangsa percaya mendiang sedang berhalusinasi kerana mereka sempat mengambil dadah jenis syabu sebelum bergaduh.

“Saya percaya dia berhalusinasi kerana kesan dadah yang kami ambil. Saya tidak rasa mangsa terjun kerana kecewa dengan isu Tangmo.

Sumber: Bangkok Post

Mendiang datang ke rumah untuk makan bersama-sama dan kami merancang untuk menghabiskan beberapa hari bersama,” tambahnya.

Rakan mangsa bagaimanapun ditahan atas kesalahan mengambil dan memiliki dadah kerana pihak polis menemui syabu dan alat menghisap dadah.

Dalam pada itu, ibu mangsa tidak percaya anak lelakinya membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri hanya kerana kes pemergian aktres tersebut.

Wanita itu mendakwa anaknya merupakan seorang yang tabah dan mempunyai kehidupan yang lancar serta telah memenuhi impiannya sebagai seorang penulis.

Pihak polis masih menunggu laporan hasil bedah siasat tetapi tidak menolak sebarang kemungkinan mangsa terjatuh akibat ditolak atau kemalangan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca