Didakwa Beri Layanan ‘Double Standard’ Kepada Jemaah Solat Jumaat, Ini Respons Masjid Putra

Selepas video tular mengenai orang kenamaan atau VVIP yang dibenarkan memasuki masjid tanpa beratur seperti jemaah lain, Masjid Putra tampil memberi penjelasan menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Pihak Masjid Putra menyatakan bahawa pengurusan kehadiran jemaah sama ada solat fardhu lima waktu atau solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Facebook Masjid Putra Putrajaya

Untuk pengetahuan anda, kapasiti jemaah untuk solat Jumaat di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang. Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid.

Walaupun begitu, pihak Masjid Putra mengakui pihaknya telah menerima kehadiran para jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan sejak jam 11 pagi untuk menunaikan solat Jumaat setiap minggu.

Pihak pengurusan akan menutup pintu pagar utama masjid apabila kapasiti jemaah telah mencukupi. Jemaah yang hadir selepas pintu pagar utama ditutup tidak dapat memasuki masjid.

Akhir kata, pihak Masjid Putra memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan akan mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan serta berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

Buat anda yang masih keliru, sebuah video tular di media sosial apabila ia mendakwa wujud layanan berbeza kepada jemaah yang menghadiri solat Jumaat di sebuah masjid.

Sekiranya anda menonton video berkenaan, ramai jemaah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid walaupun datang awal tetapi ada orang kenamaan yang dibenarkan untuk terus masuk walaupun mereka datang lewat.

Isu berkenaan telah membangkitkan kemarahan warganet dan ramai yang menzahirkan perasaan tidak puas hati apabila menonton video tersebut. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca