Didakwa Beli Nasi Ganja Guna Helikopter, Tengku Zafrul Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menidakkan dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang membuat pesanan 36 nasi ganja di Ipoh menggunakan helikopter.

Sebuah helikopter kepunyaan syarikat swasta dari Kuala Lumpur menjadi bualan ramai semalam selepas ia telah mendarat di Padang Ipoh, Perak untuk mengambil 36 bungkus nasi ganja yang dipesan.

Selepas berita itu tular, sekeping foto Menteri Kewangan berkenaan menikmati nasi vanggey Ipoh ketika makan tengah hari pula berlegar di aplikasi WhatsApp.

Sumber: Instagram Tengku Zafrul

Tengku Zafrul berkata menerusi satu ciapan di laman Twitter, “Lucu bila terima WhatsApp message kononnya saya order nasi vanggey guna helikopter. Pakai gambar lama dan crop tarikh.

Memang best kalau makan nasi vanggey tapi daripada order guna helikopter, baik guna servis yang boleh juga bantu usahawan kecil.”

Menurut Tengku Zafrul, beliau tidak memesan 36 bungkus nasi ganja di Ipoh menggunakan helikopter seperti yang didakwa. Gambar beliau yang berlegar di aplikasi WhatsApp sebenarnya adalah dari Disember 2020 dan bukannya baru-baru ini. Beliau turut berasa lucu kerana ada yang menyunting tarikh pada foto tersebut.

Tambahnya, beliau berasa geli hati apabila menerima mesej WhatsApp daripada orang lain yang mendakwa beliau memesan nasi ganja di Ipoh menggunakan helikopter.

Sumber: Twitter Tengku Zafrul

Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa beliau sebenarnya sudah tidak lama tidak menikmati nasi ganja. Walau bagaimanapun, beliau berkata akan membuat pesanan menggunakan perkhidmatan penghantaran yang boleh membantu usahawan kecil dan bukannya order guna helikopter. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca