Didakwa Aniaya Anak Yatim Untuk Promosi Produk, Instafamous Ini Tampil Beri Penjelasan

Selepas namanya menjadi bualan ramai kerana didakwa telah menggunakan anak yatim dan rakan artis untuk promosi produk beliau serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri majlis berbuka puasa, Nurin Afiqah tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Nurin menjelaskan bahawa beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Twitter pada 30 April lalu. Pelakon Wifi Sebelah Rumah terbabit kemudiannya menjelaskan bahawa beliau mendiamkan diri kerana tidak mahu memanjangkan isu berkenaan dan sedang menunggu panggilan polis.

Dalam pada itu, Nurin mengesahkan bahawa beliau telah menghubungi Caprice untuk memaklumkan perkembangan kes tersebut. Nurin menegaskan dakwaan dirinya mengheret rakan artis dan anak yatim ke luar dewan untuk mempromosi produk beliau adalah tidak benar sama sekali.

Memetik laporan Gempak, Nurin menegaskan bahawa beliau telah difitnah oleh Caprice. Bukan sahaja hadir sebagai seorang jemputan, Nurin sebenarnya merupakan salah satu penaja majlis tersebut.

Sumber: Instagram Nurin Afiqah

“Sebagai penaja, kami ada bukti perbualan di aplikasi WhatsApp yang membenarkan saya membawa team untuk merekod sepanjang majlis berlangsung.

Saya ada bukti selebriti terlibat dan anak-anak yatim itu sememangnya sudah berada di luar dewan. Saya tidak mengheret mereka ramai-ramai keluar untuk promosi produk sendiri.

Saya tidak akan tergamak untuk mempergunakan anak yatim. Saya sayang mereka. Demi Allah SWT, saya tidak sentuh anak yatim untuk buat reviu produk. Itu semua fitnah.

Saya tidak boleh mengaku salah dengan benda yang saya tidak buat. Saya ada bukti rakaman yang boleh menceritakan situasi sebenar,” jelas Nurin.

Untuk rekod, Nurin turut mendedahkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka sepenuhnya ketika sesi bergambar.

Buat anda yang masih keliru, beberapa video dan foto memperlihatkan beberapa orang selebriti melanggar SOP semasa berada di majlis berbuka puasa tular di media sosial. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca