Dicampak 27 Kali Semasa Kelas Judo, Kanak-Kanak Ini Meninggal Dunia Selepas 70 Hari Koma

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di Taiwan yang jatuh koma setelah dicampak ke atas lantai hampir 27 kali semasa kelas Judo akhirnya meninggal dunia pada 29 Jun lalu.

Kedua-dua ibu bapanya telah membuat keputusan untuk menghentikan mesin bantuan pernafasannya selepas 70 hari berada dalam keadaan koma, lapor BBC.

Perkara ini berlaku susulan daripada doktor di Hospital Fengyuan, di mana Huang ditempatkan, menyedari bahawa tekanan darahnya dan degupan jantungnya mula merosot.

Guru kelas Judo yang turut dikenali sebagai Ho tersebut telah dikenakan hukuman atas sebab mencederakan pelajarnya sehingga menyebabkan kecederaan parah dan melakukan jenayah terhadap anak bawah umur.

Guru tersebut telah ditahan sejak April yang lalu selepas siasatan dilakukan.

Pada 5 Jun yang lalu, guru berkenaan telah diikat jamin dengan jumlah NT$100,000 iaitu sebanyak RM 14,893.46.

Perkara itu telah menaikkan amarah ibu Huang kerana guru tersebut masih bebas daripada hukuman sedangkan anaknya masih terlantar di hospital sedang bertarung nyawa.

Huang telah mengalami cedera yang sangat parah semasa kelas Judonya pada bulan April awal tahun ini.

Anak lelaki itu kelihatan seperti dalam kesakitan dan mengadu sering berasa mual semasa latihan Judonya.

Ketika bapa saudara Huang menyuarakan hal ini kepada gurunya, Ho hanya mengendahkan perkara itu dan mengatakan bahawa anak lelaki itu hanya terlebih makan.

Ho kemudiannya dipercayai telah mengarahkan dua orang budak lelaki untuk melatih teknik hempasan ke atas Huang walaupun Huang telah merayu gurunya itu untuk berhenti.

Huang dikatakan telah dicampak ke atas lantai sebanyak 27 kali.

Selepas campakan yang keenam atau ketujuh oleh gurunya itu, Huang telah tidak menyedarkan diri. Namun, Ho menuduh Huang hanyalah berpura-pura untuk tidak menyedarkan diri.

Apabila Huang telah dibawa ke hospital, para doktor telah mengesahkan bahawa dia sedang mengalami pendarahan pada otaknya, dan kecederaannya itu sama seperti mangsa kemalangan.

Pada awalnya, keluarga Huang memang mahu menghentikan bantuan pernafasannya tetapi mereka masih berharap kerana Huang ada menunjukkan tanda-tanda untuk sedar dari komanya.

Menurut Focus Taiwan, Ho didedahkan tidak mempunyai sebarang sijil perguruan daripada Chinese Taipei Judo Federation.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca