Potongan Kaki Berulat Ternyata Milik Lebih Satu Jasad, Pelaku Adalah Suami Mangsa?

Susulan daripada penemuan potongan kaki mayat berulat di kawasan semak berhampiran jalan utama dekat Melaka petang semalam, siasatan mendapati cebisan jasad dipercayai milik lebih daripada seorang individu yang melibatkan sebuah keluarga iaitu seorang ibu dan anak.

Berikutan hasil siasatan yang dijalankan, polis telah menahan seorang lelaki warganegara Singapura yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan ini.

Menurut Ketua Polis Melaka iaitu Datuk Mat Kasim Karim, penahanan suspek berjaya dilakukan hasil kerjasama baik dengan pihak polis di Singapura. Suspek berbangsa Melayu kini dikhabarkan dalam proses untuk dibawa masuk ke negara ini.

Jelasnya lagi, maklumat risikan mendapati kejadian pembunuhan berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat dekat Taman Merdeka Jaya sebelum mayatnya dibuang ke dalam kawasan semak yang bertempat di Melaka.

Malahan, pihak berkuasa dilaporkan turut menjumpai kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut.

Walau bagaimanapun, kasus ini telah dikaitkan dengan suatu pembunuhan mengenai seorang wanita dan anaknya dalam sebuah posting yang memaparkan kronologi penuh menerusi media sosial Facebook baru-baru ini.

Berdasarkan pembacaan perkongsian itu, mangsa dan suspek merupakan pasangan suami isteri.

Butiran lengkap pelaku turut dikongsikan menerusi posting berkenaan seperti berikut.

Potongan mayat ditemukan berselerakan dalam kawasan semak sehingga sukar untuk dikenal pasti.

Pelaku dikhabarkan tertekan berikutan kehendak isteri yang meminta untuk diceraikan.

Suspek dikatakan telah meleraikan anggota badan mangsa lalu membuang potongan mayat tersebut ke tempat lain.

Pelaku telah menceritakan hal sebenar kepada keluarganya, namun suspek enggan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

Penyebaran posting di atas menerusi laman sosial secara tidak langsung telah menyebabkan kebanyakan warganet kesal dan rata-ratanya memberi komen ke atas kejadian tersebut melalui akaun Facebook suspek iaitu Shahrul Nizam Zuraimy.

Walau bagaimanapun, posting yang tersebar meluas ini belum dapat dipastikan kebenarannya oleh pihak berkuasa. Malahan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri iaitu Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris semasa dihubungi pihak media enggan mengesahkan perkara berkenaan sehingga selepas proses bedah siasat selesai pada keesokan hari.

Artikel Lain Untuk Di Baca