Dibunuh Ketika Memancing, Adik Mangsa Ceritakan Kisah Benar Di Twitter

IPOH: Mayat Muhammad Azizul Roslan, 24, ditemui polis 4 meter dari tebing lombong itu pada jam 12.20 tengah hari semalam. Selepas bapanya, Roslan Salim, 64, membuat laporan polis setelah menemui motosikal Yamaha Y15 dinaiki anaknya itu di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata pemeriksaan awal terhadap mayat mendapati ada kesan jerutan pada leher, selain cedera di beberapa bahagian kepala termasuk lebam di mata kiri dan pipi serta telinga kiri.

Namun, menerusi akaun Twitter yang telah dimuat naik oleh adik mangsa iaitu Sahirman Roslan, dia meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang menimpa abangnya. Dimaklumkan ketika kejadian, mangsa sedang memancing seorang diri di tasik itu.

Di bawah merupakan petikan dari Twitter yang telah dimuat naik oleh adik mangsa mengenai kisah menyayat hati yang menimpa Allahyarham abangnya.

Sempat bergelut dengan suspek sebelum dibunuh.

Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang mendoakan Allahyarham abangnya serta mengharap pelaku yang membunuh abangnya cepat-cepat diberkas.

Rata-rata warganet mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga di atas pemergian abangnya serta turut berasa simpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

Melalui komen-komen yang ditinggalkan, warganet turut tidak berpuas hati dan meluahkan rasa marah terhadap tindakan pelaku yang tidak berhati perut itu.

Perkara yang berlaku ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kami juga mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Sumber: Berita Harian, Twitter

Artikel Lain Untuk Di Baca