Dibuli Di Sekolah Kerana Tidak Fasih Berbahasa Melayu, Yazmin Jadikan Mark Adam Sebagai Inspirasi

Seorang personaliti TikTok kacukan Melayu-Filipina Yazmin Aziz, 19, pernah menjadi mangsa buli ketika di sekolah akibat kurang fasih berbahasa Melayu.

Menurut penyanyi muda itu, dia bukan setakat disindir, malah turut dikasari rakan sekolah seperti diludah, disepak dan ditendang ketika di sekolah.

Bagaimanapun, Yazmin menjadikan Mark Adam yang juga seorang penyanyi yang berasal dari Filipina sebagai inspirasi apabila kelemahan dirinya itu ditertawakan orang.

Penyanyi dan penulis lagu kacukan Melayu-Filipina, Yazmin, 19.

“Saya tidak mahu tertekan atau terlalu mengenang yang pernah menimpa ketika sekolah. Saya dengar, kata-kata Mark menjadikan kelemahan bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahan jenaka.

“Apabila ada orang ingin mentertawakan kekurangan, saya akan tertawa, cuba tak ambil hati dan memandang serius perkara ini,” katanya kepada pemberita.

Semenjak mengenali Mark Adam, dia berkata dia menjadi lebih positif dan mula belajar untuk tidak ingin menganggap hal itu sebagai suatu hal yang besar.

Yazmin menjadikan Mark Adam yang juga berasal dari Filipina sebagai inspirasi.

Sebelum ini, Yazmin mula mendapat perhatian ramai apabila video nyanyiannya di Aplikasi Tiktok, mendendangkan lagu Sakit nyanyian asal Yonnyboii dan Zynakal, berjaya meraih 100,000 tontonan.

Yazmin yang fasih berbahasa Tagalog itu kini bakal menjadi salah seorang peserta program realiti, Big Stage yang akan memulakan siaran pada 6 Februari ini.

Antara nama lain yang turut menyertai Biga Stage 2022 adalah Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).

Apabila ditanya mengenai pesaing-pesaing yang rata-rata berpengalaman dalam bidang nyanyian,  Yazmin berkata, dia menganggap soal persaingan sebagai cabaran untuk dirinya.

“Saya menganggap ia sebagai cabaran dan ingin memberikan persembahan terbaik, setiap minggu. Cuma, saya menyesal memakai pendakap gigi kerana tidak sangka akan terpilih menyertai program realiti ini.

“Saya ingin menyanyikan lagu-lagu popular yang mencerminkan tradisi di Filipina. Itu kelainan yang bakal disajikan kepada juri dan penonton,” katanya.

Tidaklah asing dari bidang muzik, Yazmin yang bergerak secara solo kini sudah memiliki beberapa single, antaranya Lihatlah, Cold Rainy Days, Heart & Soul dan Soul Connection.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca