Dibintangi Hun Haqeem Dan Daiyan Trisha, Drama ‘W: Two Worlds Apart’ Akan Diadaptasi Di Malaysia

Siapa antara anda yang pernah menonton drama Korea W: Two Worlds Apart yang ditayangkan pada tahun 2016?

Dibintangi Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo, drama W: Two Worlds Apart merupakan sebuah melodrama romantik yang merentasi dimensi berbeza ruang antara realiti dan dunia webtoon

Jong-suk membawa watak Kang Cheol iaitu seorang lelaki yang sangat kaya dan hanya wujud di dalam webtoon W. Hyo-joo pula menghidupkan watak Oh Yeon-joo iaitu seorang pakar bedah yang hidup dalam dunia realiti.

Sumber: Popmagz

Memetik laporan Kimchi Daily, platform penstriman Viu Malaysia telah mengumumkan lima naskhah baharu yang bakal menemui para penonton pada 2023 nanti.

The Vibes melaporkan lima karya Viu Original yang bakal menemui para peminat menerusi aplikasi penstriman tersebut iaitu:

i) Nenek Bongkok Tiga

ii) Drama adaptasi W: Two Worlds Apart

iii) Alter-naratif

iv) Terlanjur Cinta

v) Dear Karma

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah pengumuman drama terkenal dari Korea Selatan iaitu W: Two Worlds Apart dijangka bakal diadaptasi di Malaysia dan akan diterajui pelakon popular Hun Haqeem dan Daiyan Trisha.

Untuk pengetahuan anda, pengarah drama adaptasi Melayu W: Two Worlds Apart ialah Datuk Yusry Abdul Halim dan ia bakal diterbitkan oleh Zurina Ramli.

Sumber: Kimchi Daily

Menerusi hantaran di Instagram Story, pelakon Projek: Anchor SPM itu turut mengesahkan bahawa penggambaran adaptasi Melayu drama itu dijangka akan bermula pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca