Diberkas Kerana Dadah, Polis Bingung Mahu Tempatkan Lucinta Luna Di Lokap Lelaki Atau Wanita

Pada hari Selasa lalu, polis Indonesia telah memberkas penyanyi dangdut yang juga merupakan selebriti tempatan iaitu Lucinta Luna selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa republik itu kini buntu sama ada mahu menempatkan penyanyi transgender berusia 30 tahun itu di penjara lelaki atau wanita usai proses siasatan kelak sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

Menurut Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun, isu terbabit masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Lucinta Luna dilaporkan masih berada di bilik siasatan saat ini.

Lucinta Luna popular dengan lagu berjudul Bobo di Mana. Penyanyi itu pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat.

Menurut laporan media tempatan, Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah dicekup di pangsapurinya di Thamrin City, Jakarta Pusat pada jam 1.30 pagi.

Turut diberkas bersama-sama selebriti itu dalah tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan sepasang suami isteri. Beberapa pil ecstacy ditemukan di kediaman penyanyi dangdut berkenaan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca