Diberi Tugasan Esei, Pelajar Ini Cuma Tulis 20 Patah Perkataan Tapi Berjaya Dapat Markah Penuh

Seorang pelajar diberikan tugasan untuk membuat review filem dan cara dia selesaikan tugas berkenaan sangat epik. Pelajar boleh memilih mana-mana filem yang mereka mahu dan Allison Garrett telah memilih sebuah filem klasik lama iaitu Fight Club yang sangat popular pada suatu ketika dahulu.

Dia perlu menulis ulasan filem yang dibintangi Brad Pitt itu sekurang-kurangnya 500 patah perkataan. Walaupun arahan sudah jelas terpampang, Allison tidak mengendahkannya dan cuma menulis 20 patah perkataan sahaja.

Allison sendiri menjangkakan bahawa dia akan gagal subjek berkenaan gara-gara berbuat demikian tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Dia sangat terkejut apabila pensyarahnya memberikan markah penuh iaitu 100 peratus buat esei yang langsung tidak menurut arahan itu.

Malah, pensyarahnya itu turut berpesan supaya dia tidak melakukan perkara seperti ini lagi dengan pensyarah lain kerana mereka mungkin tidak memiliki humor sepertinya.

Alison turut berkongsi kisah ini di laman Twitternya dan posting tersebut mendapat lebih 50,000 ulang kicau dan 200,000 tanda suka.

Allison langsung tidak sangka bahawa tweet berkenaan boleh tular. Memandangkan ia tular, dia menggunakan peluang yang ada untuk mengumpul dana bagi membantu ibu kepada kawannya yang menghidap penyakit kanser. Respect!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca