Dibayar Mencecah RM8 Ribu, Penduduk Di Bandar Ini Terima Gaji Bulanan Tanpa Perlu Bekerja

Setiap orang diwajibkan untuk bekerja bagi mendapatkan wang kerana dengan wang kita dapat memenuhi segala keperluan seperti membeli pakaian, makanan dan segala keperluan harian. Namun, kerja bukanlah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang bagi sesetengah individu yang menetap di bandar Utrecht, Belanda.

Penduduk di bandar itu cukup bertuah kerana mereka akan mendapat bayaran sebanyak $1,300 (RM5,470) untuk orang dewasa yang belum bernikah manakala $1,880 (RM7,911) untuk mereka yang sudah berkahwin.

Mereka bukan dibayar sesuka hati tetapi disebabkan oleh beberapa orang yang mengambil bahagian dalam sesuatu projek penyelidikan sosial. Oleh itu, mereka akan dibayar secara berkala setiap bulan tanpa perlu melakukan apa-apa pekerjaan.

Penyelidikan ini dibuat berdasarkan idea lama iaitu ‘pendapatan asas’ di mana ia memberikan wang secara percuma supaya ia dapat meningkatkan kehidupan rakyat termasuk daripada segi pembelajaran, kerja dan tahap komitmen bersama.

Justeru, bandar ini telah bekerjasama dengan Utrecht University untuk mengatur sebahagian daripada penyelidikan tersebut. Terdapat 300 penduduk Utrecht yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang menerima gaji bulanan setakat ini.

Nienke Horst iaitu pengurus projek tersebut mengatakan bahawa sekumpulan 50 orang tetap akan menerima bayaran tanpa mengenakan sebarang syarat walaupun mereka sudah mempunyai pekerjaan lain. Manakala, tiga kumpulan yang lain akan menerima bayaran dengan syarat-syarat tertentu mengikut undang-undang kebajikan yang telah ditetapkan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca