Dibayar Duit Syiling 5 Sen, Bekas Pekerja Tergamam Terima Gaji Terakhir

dibayar-duit-syiling-5-sen-bekas-pekerja-tergamam-terima-gaji-terakhir

Seorang lelaki bekerja di sebuah bar dan restoran yang dikenali sebagai Alfie Bar di Dublin, Ireland. Selepas dua bulan, dia memutuskan untuk berhenti atas sebab-sebab tertentu dan meminta majikannya untuk membayar gaji terakhirnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Rian Keogh, akhirnya diminta oleh pengurus Alfie Bar untuk mengambil gaji terakhirnya dan mahu membayarnya secara tunai.

Bagaimanapun, dia tergamam apabila gaji terakhirnya dibayar kepadanya dalam bentuk duit syiling 5 sen yang diisi dalam sebuah bekas seberat hampir 30 kilogram.

Memetik laporan portal Mirror UK, dia kemudian berkongsikan kisahnya di laman Twitter beserta dengan gambar gajinya sebanyak yang dibayar dengan duit syiling 5 sen.

dibayar-duit-syiling-5-sen-bekas-pekerja-tergamam-terima-gaji-terakhir
Sumber: Kosmo

“Jika ada yang mahu tahu pengalaman saya sepanjang bekerja di Alfie Bar, ini adalah salah satunya apabila dibayar menggunakan wang syiling dalam bekas.

“Semua wang syiling ini bernilai 5 sen, jadi bayangkan berapa banyak yang perlu saya tukarkan menjadi wang kertas,” ujar Rian.

Perkongsian Rian itu menjadi tular dan rata-rata netizen bengang dengan tindakan bekas majikan Rian dan memintanya untuk melaporkan perbuatan tersebut kepada jabatan buruh.

“Ini adalah satu bentuk pembulian, awak perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa”, komen seorang pengguna media sosial.

“Adakah anda lakukan sesuatu kesalahan sehingga diperlakukan sebegini? Ia sangat teruk,” komen seorang lagi pengguna.

Difahamkan Rian menunggu lebih kurang 2 minggu untuk menerima gaji terakhirnya disitu dan kesemua duit syiling 5 sen dalam bekas diterimanya itu adalah berjumlah 355 atau lebih kurang RM1,741.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca