Dibaling Objek Keras, ATM Terpaksa Memakai Helmet Ketika Bertugas Di Kawasan PKPD

Umum sudah tahu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dikuat kuasakan di tiga lokasi kediaman di ibu negara.

Memetik laporan Sinar Harian, warga asing yang terlibat menjalani PKPD ini telah didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan.

Barang yang dibaling bukan sekadar sampah, malah ia termasuk bungkusan plastik berisi air kencing.

Dipercayai sikap biadap terbabit ditunjukkan penghuni di sana setelah PKPD dilaksanakan.

Menurut sumber, petugas yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu selama 24 jam berkawal.

Dikatakan sikap biadap warga asing itu ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah tersebut dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana,” katanya.

Walau bagaimanapun, situasi dikatakan semakin terkawal setelah penghuni akur dengan sikap tegas yang diamalkan oleh petugas keselamatan ketika berkawal.

Sumber: Bernama

Mereka tidak mempunyai alasan untuk melakukan protes kerana difahamkan bantuan makanan turut diberikan kepada penghuni yang terlibat.

“Sebab itu kita kena hargai pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan ini. Mereka terpaksa berdepan situasi begini. Harap tidak ada lagi tambahan kawasan PKPD dan orang ramai terus patuh dengan perintah kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Tiga bangunan di ibu negara telah diisytiharkan PKPD iaitu di Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah yang bermula 31 Mac lalu, bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India yang dikuat kuasa sejak Selasa lalu.

Untuk rekod, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akan membekalkan makanan tengahari dan makan malam sepanjang 14 hari PKPD kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca