Dibaham Separa Badan, Remaja Lelaki Maut Diserang Beruang

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut apabila diserang oleh seekor beruang ganas dan dimakan hidup-hidup.

Kejadian berlaku di Ergaki National Park yang terletak di Sayan Mountains, Russia. Mangsa dikatakan mengambil jalan pintas dan berpisah daripada pasukan pelancong yang lain, lalu mendedahkan diri sendiri kepada bahaya.

Misi pencarian dilakukan apabila remaja lelaki itu tidak pulang ke kem penginapan. Dua orang pelancong dewasa menjumpai beruang pemburu itu dan membuat konfrontasi dengan bertindak untuk melawannya.

Pergelutan berlaku selama 9 jam sebelum salah seorang daripada mereka berjaya menikam leher beruang itu berkali-kali menggunakan pisau lipat. Manakala, rakannya kembali ke kem mereka untuk memberi amaran kepada yang lain.

Biarpun cedera parah, beruang itu melarikan diri ke dalam kawasan hutan pergunungan. Pihak berkuasa dan staf menjejak keberadaan beruang tersebut dan menjumpainya 500 meter daripada kem, terbaring di atas sisa badan remaja lelaki yang dilaporkan hilang itu.

sumber: Metro UK

Haiwan liar itu ditembak serta-merta tetapi masih boleh melepaskan diri daripada tangkapan orang ramai yang memburunya. Walau bagaimanapun, pada keesokan harinya pihak berkuasa berjaya menjejaki dan membunuh beruang itu ketika ia cuba menyerang.

Igor Gryazin, pengarah Ergaki National Park, menyatakan bahawa cuaca sejuk yang berpanjangan menyebabkan lapisan salji tebal dan menghalang beruang di kawasan itu untuk memburu makanan. Hal ini membawa kepada ia bertindak ganas dan menerkam mangsa yang dijumpainya.

Baca artikel berkaitan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca