Dianggap Sebarkan Kebencian, Sweet Qismina Sebaliknya ‘Kantoikan’ Perangai Sebenar Bunkface

Pelakon filem Pusaka, Sweet Qismina tampil membuka cerita mengenai sisi sebenar Sam dan ahli kumpulan Bunkface lain yang tidak diketahui ramai sewaktu menjadi penari dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut Qismina, “Orang semua duduk huhahuha kemudian saya nampak dia berdiri seorang diri di belakang pentas. Ingatkan buat apa, rupa-rupanya tengah solat, terdiam sis.”

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman Twitter memuat naik satu tangkap layar temu bual Sam Bunkface dalam sebuah program hiburan.

Pengguna itu turut mempertikaikan hujah penyanyi berkenaan mengenai agama yang disifatkan olehnya tidak selari dengan gaya hidup yang ditunjukkan kumpulan tersebut. Walaupun begitu, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Dalam pada itu, Bunkface menerima kecaman daripada segelintir pihak kononnya penyanyi itu mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT dalam lagu Akhir Zaman.

Walau bagaimanapun, Bunkface memberi penjelasan menerusi kenyataan di laman Instagram bahawa lirik tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya ia merupakan teguran kepada gerakan komuniti itu yang semakin meluas di negara ini.

Sehingga ke hari ini, isu berkenaan masih lagi menjadi bualan ramai sehingga video lirik lagu rasmi di laman YouTube tidak boleh lagi ditonton di platform tersebut.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkaitan Bunkface, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca