Dianggap Egois Dan Keras Kepala, Ini 5 Fakta Tentang Anak Sulung

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Siapa antara anda yang merupakan anak pertama dalam keluarga? Kami kongsikan lima fakta tentang anak sulung menerusi artikel ini:

1. Bertanggungjawab tetapi mudah tertekan

IMG_256

Bukan sahaja mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri, anak pertama dalam keluarga ini juga perlu bertanggungjawab ke atas adik-beradik dan ibu bapa.

Walaupun ia boleh menyebabkan individu berkenaan mengurus dengan baik, sikap ini kadangkala menjadi punca mereka sedikit tertekan.

2. Egois dan degil

IMG_256

Oleh sebab dia dilahirkan lebih awal daripada adik-beradik lain, ia bukan satu perkara yang tidak masuk akal apabila anak pertama ini sangat dimanjakan oleh ibu bapa.

Ia boleh menyebabkan individu ini menjadi lebih keras kepala dan mementingkan diri sendiri. Walau bagaimanapun, sikap ini akan hilang dengan sendiri apabila individu berkenaan memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka.

3. Lebih berdikari

Ibu bapa yang mempunyai ramai anak kadang-kadang mempunyai aktiviti lain sehingga mereka tidak dapat memberikan tumpuan penuh kepada cahaya mata pertama mereka. Atas sebab ini, ia tidak mustahil sekiranya anak pertama ini lebih berdikari daripada adik-beradik lain.

4. Sopan dan matang

IMG_256

Anak pertama cenderung untuk menjadi lebih sopan dan matang untuk menghadapi pelbagai masalah dalam hidup.

Sekiranya mempunyai perselisihan faham dengan adik-beradik lain, mereka akan cenderung mengalah. Selain itu, anak pertama dalam keluarga ini akan lebih mudah berurusan dengan orang lain di dunia nyata kerana mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

5. Pandai buat keputusan

Anak pertama secara amnya selalu mematuhi kata-kata ibu bapa atau tokoh yang dianggap mempunyai kuasa.

Sebuah kajian daripada Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak ini turut mendapati anak pertama lebih cenderung untuk menurut perintah daripada adik-beradiknya yang mempunyai personaliti lebih suka berdikari. Atas sebab itu, anak sulung lebih mudah menyesuaikan diri kerana dia mudah membuat keputusan.

Pada pendapat anda, apakah fakta yang paling tepat untuk menggambarkan diri sendiri sebagai seorang anak sulung?

Penulis:

  • Farah Adriana Md Azis adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel lain berkaitan perwatakan anak, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca