Diambil Sempena Nama Seseorang, Datin Noor Kartini Dedah Kisah Di Sebalik Nama Neelofa

Nama pelakon dan pengacara terkenal tanah air iaitu Neelofa memang cukup unik. Rasanya, jarang sekali ibu bapa menamakan anak mereka dengan nama itu. Kena dengan rupanya yang sangat jelita dan seorang yang pintar, rata-rata peminat menyifatkan Neelofa sebagai beauty with brains.

Pasti ramai tertanya-tanya, bagaimana boleh tercetus idea untuk menamakan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu dengan nama Neelofa? Ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed tampil mendedahkan asal usul sebenar nama anaknya yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Universiti Sunway itu.

Menurut Datin Noor Kartini, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor sebenarnya diambil daripada nama seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya sewaktu di sebuah pasar raya di Kota Bahru, Kelantan sekitar 31 tahun lalu.

“Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya (sebuah pusat beli-belah) bersama-sama dengan kakak saya untuk menemaninya bagi membeli produk kosmetik antarabangsa Lancome.”

“Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, sneakers (kasut) dan tudung bawal putih. Dia menyapa saya, katanya yang bernama Neelofa itu, dia merupakan kenalan kepada saudara saya,” cerita beliau.

View this post on Instagram

❤❤

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

“Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa,” ujar beliau lagi.

Walau bagaimanapun, wanita kacukan Arab-Pakistan itu memberitahu bahawa pertemuan dengan gadis cantik bernama Neelofa itu sebenarnya merupakan pertemuan kali pertama dan terakhir.

“Difahamkan, dia sudah berpindah ke luar negara kerana ikut suaminya,” tambah beliau.

Begitu rupanya kisah di sebalik nama Neelofa. Nama yang cukup cantik persis orangnya. Anda semua tahu tak kisah di sebalik nama anda?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca