Dialah Kawan, Dialah Pembuli

“Hey, jom pergi rooftop?” Tin mengajak Chati (bukan nama sebenar) menyertainya bersama beberapa orang rakan sepejabat.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa

Chati mengangguk setuju. Ini peluangnya untuk merapatkan hubungan. Pada pandangan matanya, Tin seorang yang cool dan ramai kawan suka melepak bersamanya.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa

Chati dan Tin semakin rapat, saban hari mereka menghabiskan masa dan berseronok bersama di rooftop.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa

Bila stress, Tin selalu ada untuk menenangkannya dengan pelbagai cara kecuali satu, iaitu gurau kasar.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa

Semakin mereka rapat, semakin kasar gurauan Tin. Mulut dan hidung Chati mula menghembuskan darah.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa

Sehinggalah suatu hari, nyawa Chati hampir diragut Tin.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa
Kredit Foto: Sermsin Samalapa

Apabila dia keluar dari hospital dan kembali ke pejabat, dia melihat Tin selamba berada di tempat duduknya.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa

“Rooftop?” ajak Tin.

Lelaki itu menurut langkah Tin sehingga ke permukaan bumbung bangunan itu.

Chati menarik nafas seraya berkata, “Jangan kacau aku lagi.” Langkahnya diatur untuk meninggalkan ‘sesuatu’ yang pernah dianggap kawan itu.

Tin menahannya pergi dan cengkaman itu begitu kuat sekali. “Kau marah aku? Kau marah pada sesuatu yang kau sendiri mulakan? Siapa ada dengan kau bila kau tak ada sesiapa?”

Chati diam terbungkam.

“Aku.” jawab Tin.

“Siapa ada di sisi kau bila stress? Aku.” kata Tin lagi. Detik-detik pahit manis itu mula terlayar di benak Chati.

“Tolong pergi jauh dan tinggalkan aku sendirian.” pinta Chati dan sekali lagi cuba menjauhi ‘benda alah’ itu.

“Aku tak akan pergi!”

“Berambus!”

Suara mereka berdua semakin meninggi dan saling bersahutan tidak mahu kalah. Dush! Satu tumbukan padu hinggap di muka Tin.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa

‘Mampus kau.’ Chati memandang sekotak rokok yang tertiarap di atas lantai.

Kredit Foto: Sermsin Samalapa

Ya, ‘Tin’ itu sebenarnya rokok. Berhenti biarkan rokok membuli anda. Iklan kempen kesedaran dari Thailand ini memang level lain. Tonton video penuh di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca