Minggu ini hangat diperkatakan tentang King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail yang baru sahaja memenangi jawatan sebagai Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Bagan Serai. Sejurus mendapat tahu tentang berita itu, pelakon Malaysia Diana Danielle mempersoalkan keputusan itu melalui hantaran di laman akaun Instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Menurut beliau yang memaklumkan keluarganya berasal dari Bukit Merah itu, tindakan memilih Coco sebagai Ketua Skrikandi adalah tindakan yang tidak matang. Hal ini kerana bagi beliau, untuk menjadi seseorang yang mewakili rakyat, wakil tersebut hendaklah menggalas tanggungjawab yang besar dan semestinya berkualiti.
Kecewa dengan pelantikan tersebut beliau juga berasa tindakan membenarkan influencer menjadi wakil rakyat merupakan satu keputusan yang tidak bertanggungjawab.

Apa-apa pun diharapkan King Coco dapat menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik dan menepis segala persepsi daripada orang ramai.
Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: