Di Tangga Ke-17 Destinasi Paling ‘Instagrammable’ Di Dunia, Ini 7 Lokasi Dalam Malaysia Paling ‘Fotogenik’ Untuk Instagram Anda

Sebuah portal travel terkenal, Big Seven telah menyenaraikan Malaysia dalam ranking ke-17 sebagai salah satu destinasi yang paling ‘instagrammable‘ di dunia dalam senarai 50 negara. Instagrammable di sini merujuk kepada perkara atau lokasi yang menarik dan cantik untuk diabadikan fotonya di dalam Instagram.

Portal Big Seven Travel, yang mempunyai khalayak sosial seramai 459k pengikut menggabungkan populariti hashtag, hasil kajian para pembaca Big Seven dan undian oleh panel dalam kalangan pakar travel untuk mengeluarkan ranking ‘The 50 Most Instagrammable Places In The World 2019‘ ini.

Portal yang memaparkan fotografi dan video menarik yang dikongsi di laman sosial seluruh dunia ini menobatkan Australia sebagai negara paling instagrammable dalam senarai ini. Negara lain yang tersenarai termasuklah negara-negara jiran seperti Indonesia di tempat ke-4, Singapura di tempat ke-10, Thailand di tempat ke-14, Vietnam di nombor 37 dan Filipina di ranking ke-43.

Kedudukan Malaysia di tempat ke-17 juga meletakkan negara-negara dengan pemandangan cantik yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia seperti Turki, China, Taiwan, Korea Selatan dan New Zealand berada di tangga yang lebih bawah dalam ranking ini. Hebat juga Malaysia ni ya? Bukan biasa-biasa gitu. Ini betul-betul menggambarkan yang produk pelancongan kita benar-benar seperti slogan pelancongan negara, Malaysia – Truly Asia.

Berikut adalah ranking 50 negara paling Instagrammable tersebut:

1. Australia
2. Hong Kong
3. Kanada
4. Indonesia
5. Afrika Selatan
6. Maldives
7. India
8. Amerika Syarikat
9. Dubai
10. Singapura
11. United Kingdom
12. Itali
13. Perancis
14. Thailand
15. Jepun
16. Morocco
17. Malaysia
18. Sepanyol
19. Belanda
20. Turki
21. Argentina
22. Russia
23. Mexico
24. Portugal
25. Brazil
26. Greece
27. Jerman
28. Colombia
29. Venezuela
30. Sweden
31. China
32. Bahrain
33. Ireland
34. Taiwan
35. Kuwait
36. Norway
37. Vietnam
38. Poland
39. Ukraine
40. Jordan
41. Austria
42. Switzerland
43. Filipina
44. Korea Selatan
45. New Zealand
46. Israel
47. Iran
48. Peru
49. Czech Republic
50. Egypt

Big Seven juga turut menyenaraikan perincian 7 lokasi paling ‘Instagrammable‘ di Malaysia. Jadi, bolehlah kita sama-sama berkunjung dan cuti-cuti di 7 lokasi ini lepas ni. Tempat-tempat tersebut adalah:

1. Air Terjun Sungai Pandan

2. Masjid Zahir, Alor Setar

3. The Pinnacles, Taman Negara Gunung Mulu

4. Putrajaya

5. The Blue Mansion, Pulau Pinang

6. Pulau Rawa, Johor

7. Sky Mirror – Kuala Selangor

Amacam? Lepas ni dah cukup duit tabung untuk travel tu, apa kata kita ronda dan nikmati keindahan dalam Malaysia ni terlebih dahulu. Jelas, Malaysia tak kurang hebatnya dengan lokasi-lokasi dan pulau-pulau yang mampu memeriahkan Instagram kita dengan foto-foto yang cantik dan menarik.

Artikel Lain Untuk Di Baca