Di Sebalik Tabir Penerbitan Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck

Pada tahun 1898, Presiden Amerika Syarikat, William McKinley telah mengisytiharkan perang ke atas Sepanyol, dan telah menghantar armada tentera dari Hawaii untuk mengepung Teluk Manila di Filipina. Peperangan sengit ini memaksa Amerika meminta sekutunya, Britain dan Belanda untuk berkerjasama.

Maka Komander Perang Amerika Syarikat di Filipina, Arthur McCarthur Jr bertemu dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat, James Alexander Swattenham dan Leftenan Jeneral Belanda di Acheh, Johann Cornellis van der Wijck telah di Melaka untuk berbincang tentang masa depan Asia Tenggara di bawah telunjuk imperialisme mereka.

Kapal bantuan van der Wijck bersama penumpang membawa kargo untuk ke Singapura sebelum barangan berharga dan senjata dihantar ke kapal Amerika untuk memerangi Sepanyol, tetapi sebaik sampai di perairan Selat Melaka, beberapa orang pemberontak Filipina dari puak Katipunan telah merampas dan menenggelamkan kapal tersebut.

Tidak diketahui pula sama ada Hayati, bekas kekasih Zainuddin dalam cerita Buya Hamka itu ada dalam kapal tersebut. Sama ada tulisan itu sepenuhnya fiksyen atau benar-benar berlaku, tidak pula diketahui. Hanya Buya Hamka saja yang mengetahui cerita sebenar.

Peta harta karun itu kemudiannya direbut oleh puak Katipunan yang kemudiannya peta itu terkerat dua.

KLIK UNTUK PRA-TEMPAH TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK

Hashim, seorang penggemar bahan artifak dan sejarah, menemui peta ini semasa dia ke pekan Melaka untuk menjual perabot antik. Dia mengambil peta ini dan menyimpannya, dengan harapan bertemu dengan sambungan peta yang telah hilang untuk menemui harta karun yang dilukis dalam peta itu.

Anaknya, Merlina – turut meminati sejarah sebegini, kemudiannya menyimpan peta itu dalam gerobok ayahnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia.

Satu hari, ketika Nizam masuk ke hospital kerana telinganya yang cedera, kawan baiknya, Adli sedang merokok di luar hospital. Dia terjumpa dompet dan peta lama. Dia kemudiannya membawa peta tersebut kepada Eleena, kekasih Nizam, yang merupakan penggemar sejarah.

KLIK UNTUK PRA-TEMPAH PAKEJ KOMBO TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK + RUMAH NO.6

Eleena terkejut kerana peta itu tertulis bahasa Belanda walaupun ia ditulis pada tahun pada tahun 1898, yang mana ketika itu Melaka sudah menjadi milik British. Dengan perasaan ingin tahu, Eleena menelefon sepupunya, Merlina Hashim tentang kesahihan peta ini.

Merlina yang selama ini mencari bahagian peta yang hilang, gembira apabila Eleena menemuinya. Pun begitu, bukan mereka sahaja yang mencari peta itu.

Sekumpulan pengganas dari Filipina juga mencari peta tersebut untuk mendapatkan harta karun tersebut. Siapakah yang akan menemui harta karun itu nanti?

KLIK UNTUK PRA-TEMPAH KOMBO 3 BUKU: TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK + RUMAH NO.6 + 1 JUDUL BUKU NAMI YANG LAIN

Pra-tempah Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck segera. Harga super istimewa ini hanya sah sehingga 28 Februari 2019 sahaja. Jadilah 100 orang paling awal di dunia memiliki buku ini.

Artikel Lain Untuk Di Baca