Di Sebalik Drama Popular Nur, Peguam Ini Kongsikan Pengalamannya Mewakili Pelacur Yang Ditangkap

Bila sebut tentang drama Nur yang diterajui pelakon Syafiq Kyle dan Amyra Rosli pasti ramai yang tahu. Drama adaptasi daripada dunia realiti ini telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai kerana jalan cerita yang ditayangkan sejak pertama kali telah memberi impak yang hebat.

Drama Nur ini berkisarkan tentang seorang anak pelacur yang telah terjalin perasan terhadap seorang ustaz dalam mencari jawapan hidayah tuhan. Malah, watak Mona yang menjadi pelacur berang apabila mengetahui anaknya, Nur yang cuba keluar dari kehidupan dunia gelapnya.

Di sebalik drama Nur ini, seorang peguam bernama Fadhline Sidek telah berkongsi pengalamannya di laman Facebook yang pernah mengendalikan kes seorang pelacur ketika awal kariernya.

Antara semua watak drama Nur, watak Mona yang paling mencengkam jiwa saya. Walaupun watak itu kecil tapi besar impaknya. Setiap kali Mona bersuara, saya akan menitiskan air mata. Malah, salah satu dialog Mona iaitu “Tiada lelaki yang akan selamatkan kita, Nur” membuatkan saya berasa muram.

Hal ini kerana, watak Mona mengingatkan saya kepada kes jenayah pertama yang saya kendalikan. Ketika itu saya ditugaskan untuk membela seorang wanita berusia cecah 60-an bernama aunty Aisyah yang ditangkap kerana melacur.

Ketika mendapat fail tersebut, mulut saya tidak terkawal dengan berkata macam-macam tentang aunty Aisyah. Maklumlah, umur saya ketika itu baru berusia 25 tahun malah merupakan graduan lulusan ijazah Undang-Undang Dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang panas mahu tegakkan hudud!

Sehinggalah saya perlu membuat pelan lakar tempat aunty ditangkap. Disebabkan aunty tiada telefon bimbit maka sayalah perlu mencari aunty dari satu lorong ke lorong yang lain. Seperti Adam mencari Nur dengan menaiki satu bas ke satu bas untuk sampai ke lorong di segi tiga emas Kuala Lumpur itu.

Sepanjang melalui lorong itu memang ayat kursi tidak lengkang dari bibir saya. Bukan kerana jijik kepada lorong. Tetapi jijik dengan lelaki-lelaki Melayu dalam pelbagai saiz dan warna serta agama yang membanjiri lorong-lorong itu. Apabila mereka melihat saya, mereka semua lari lintang pukang kerana menyangka saya adalah pegawai agama yang melakukan operasi disebabkan saya berhijab.

Apabila saya sampai di sebuah premis yang digambarkan oleh aunty, saya berasa takut bagaimana mahu masuk dan mencari aunty. Manakala, orang di sekeliling sudah menjeling dan memaki.

Terdengar suara memanggil saya, “Cik Peguam!” Lega saya apabila aunty Aisyah menjelma di saat saya sudah mula memanggil Tuhan. “Cik takut ke?” tanya aunty. Saya diam tanpa memberi jawapan dan mula membuka beg untuk mengeluarkan buku nota bagi mencatat keterangan aunty.

“Aunty tak buat apapun. Siapalah nak aunty yang dah tua ini. Orang cari yang muda. Adalah 3 ke 4 hari sekali orang *** datang. Dapat RM5 pun jadilah. Kalau tak, aunty takde duit nak makan,” katanya. Anehnya ketika itu aunty bercerita dengan nada riang sambil menunjukkan ranjang-ranjang yang berharga RM50, RM30 dan RM20. Entah kenapa saya begitu sombong dan menjaga profesional sangat sampai tiada soalan yang insani.

Selesai saya melakar dan mendapatkan penjelasan. Saya bertanya sama ada aunty mempunyai saksi atau tidak. Lalu dia menjawab, “Jika tiada manusia di dunia ini yang percayakan aunty, Allah tahu aunty tak buat ‘kerja’ itu ketika ditangkap. Allah jelah saksi aunty.” Berani betul dia menyebut nama Allah di lorong. Ketika itu geram saya bukan kepalang. Namun, Allah menutup mulut saya dari berkata-kata ketika itu.

Menghampiri hari kes, saya mula membuat persiapan. Majikan saya hanya berpesan, layan dia seperti manusia dan jangan melabel apa-apa. Ditakdirkan, semasa hari kes itu, saya menerima berita kematian aunty dan pendakwa menggugurkan kes. Saya tergamam.

Rupanya, sehari sebelum kes adalah pertemuan terakhir kami. Saya merasa sayu kerana dia berulang kali memohon maaf. Apatah lagi ia kes pro bono. Saya juga berasa hiba dan memohon maaf kerana masih janggal berurusan dengan beliau.

“Aunty faham, dunia kita tak sama tapi Cik sudi ambil kes aunty. Aunty rasa lega dan Tuhan sajalah balas budi baik Cik,” katanya. Kematian aunty meninggalkan kesan tarbiyyah yang cukup besar kepada saya.

Selepas itu, saya tekad membawa kes jenayah transgender, GRO, pelacur dan siapa sahaja yang saya percaya masih menyebut nama Tuhan Yang Esa. Jika Mona percaya tiada lelaki boleh menyelamatkan dia dan Nur, saya pula percaya kita boleh berusaha menyelamatkan mereka malah layanlah mereka seperti manusia.

Al-fatihah buat aunty.
Mona, maafkan kami.

Perkongsian peguam ini seakan-akan sama dengan jalan cerita sebuah buku terbitan Lejen Press iaitu Babi karya Azwar Kamaruzaman. Buku ini berkisar tentang seorang remaja lelaki yang merupakan anak luar nikah, hidup bersama keluarga yang tiada pegangan agama.

Walaupun dihina oleh masyarakat sekeliling hanya disebabkan dia anak luar nikah tetapi dia tetap tabah dan cekal mengharungi hidup sebagai hamba Allah malah mahu menjadi seorang yang berpelajaran.

Kalau mahu tahu mengapa tajuk buku ini ‘Babi’, dapatkan buku ini kerana banyak kejutan yang menanti anda dalam buku yang bergenrekan thriller ini.

Untuk mengetahui apa sebenarnya kisah buku Babi bercinta di balik api ini, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-62 pada 31 Ogos ini, Lejen Press mengadakan promosi Merdeka Lejen bermula dari 23 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019 yang melibatkan lebih 100 judul buku-buku terpilih dengan harga serendah RM2!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca