Dewan Bahasa Dan Pustaka Beri Penghargaan Kepada Naim Daniel Menerusi Klip Video Lagu Sembah

Penyanyi terkenal dan sedang meningkat naik iaitu Naim Daniel mendapat pengiktirafan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perkara ini berikutan dengan lagu baharunya iaitu Sembah yang menggunakan tulisan Jawi di dalam klip videonya.

Naim Daniel atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Bin Baharin menganggap ia sebagai satu penghargaan yang besar kepada dirinya dan juga syarikat rakamannya iaitu World Peace Entertainment (WP Entertainment). Naim meluahkan rasa syukur melalui hantaran di Instagram miliknya.

Pengisian surat itu, DBP menghargai dan memuji usaha Naim dan WP Entertainment dalam memperkasakan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat. DBP juga berharap lebih banyak lagi usaha untuk mempertabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat selepas ini.

Pendekatan Naim yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) dan WP Entertainment menggunakan tulisan jawi di dalam klip video lagu Sembah merupakan satu tindakan yang harus dipuji. Ia secara tidak langsung memberi penghargaan kepada tulisan Jawi dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mempertabatkan lagi tulisan Jawi.

Untuk baca artikel lain tentang Naim Daniel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca