Detik Tiga Jam Sebelum Terbunuh, Pemuda Palestin Sempat Beri Hadiah

Detik Tiga Jam Sebelum Terbunuh, Pemuda Palestin Sempat Beri Hadiah

Serangan udara oleh Israel di seluruh Gaza semalam sebagai tindak balas terhadap Hamas yang melancarkan serangan roket. Ketegangan yang berlaku di persekitaran Masjid Aqsa di Baitulmuqadis itu, diakui sebagai tindak balas Hamas terhadap Israel.

Puluhan orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh dan cedera parah akibat serangan balas Israel. Turut menjadi korban serangan udara, dikenali sebagai Ibrahim Al-Shanbari merupakan seorang pemuda Palestin.

Satu gambar memaparkan Allahyarham sedang mengagihkan hadiah kepada kanak-kanak di dalam masjid tular di Twitter dengan kematiannya.

Kanak-kanak di dalam gambar yang dirakam tiga jam sebelum Ibrahim meninggal dunia merupakan semua pelajar kepada Allahyarham, jelas ciapan menerusi satu kiriman di Twitter.

Sumber: Twitter (@ScreenMix)

Sempena hari raya Aidilfitri dan kejayaan para pelajarnya menghafal al-Quran, dipercayai Allahyarham memberikan hadiah.

Ucapan takziah dan luahan rasa sebak atas kematian Ibrahim dari warganet seluruh dunia membanjiri ciapan di Twitter.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca