Seorang lelaki menghadapi situasi cemas apabila seekor jerung menyerang kayak miliknya yang sedang memancing di pantai Hawaii.
Scott Haraguchi sedang memancing lebih kurang 2 batu dari pulau Oahu sekitar tengah hari Jumaat.

Secara tiba-tiba kelihatan seekor jerung menghampiri dengan membuka mulutnya dan merempuh kayak tersebut.
Walau bagaimanapun lelaki itu tidak cedera kerana sempat menendang jerung itu dan kembali masuk dalam air.
Haraguchi berjaya merakam video dramatik kejadian itu pada kamera GoPronya yang dibiarkan berjalan untuk merakam dirinya memancing di sana.
Pada mulanya dia menyangka haiwan itu adalah penyu sebelum menyedari haiwan yang ditembung adalah seekor jerung harimau.
Haraguchi memberitahu pihak media bahawa dia mengesyaki serangan itu berlaku kerana kemungkinan jerung itu melihat kayak tersebut adalah anjing laut yang cedera.
Hal ini kerana pada hari yang sama terdapat anjing laut yang cedera berdekatan dengan tempat lelaki ini memancing.

Walaupun menghadapi pertemuan yang menakutkan itu, Haraguchi tetap meneruskan memancing. Jerung tersebut meninggalkan kesan gigitan kecil pada kayak tersebut.
Memetik laporan dari ABC News, serangan ikan jerung jarang berlaku di Amerika Syarikat. Anggaran serangan jerung hingga membawa kematian hanyalah 1 dalam 4,332,817 berbanding insiden maut yang lebih biasa berpunca daripada lemas iaitu 1 dalam 1,134.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: