Destinasi Menarik Di Perak Yang (Mungkin) Anda Belum Tahu

Menurut Lonely Planet’s Best in Travel 2017, Perak berada di kedudukan 9 daripada 10 destinasi terbaik untuk melancong di dunia. Ini membuktikan bahawa Perak merupakan salah satu negeri di dalam Malaysia yang unik dengan destinasi pelancongan yang dimilikinya. Jadi, jika anda ingin meredakan diri setelah penat bekerja ataupun belajar, anda tidak perlu pergi jauh ke luar negara kerana di Perak sahaja sudah ada pelbagai destinasi yang menarik untuk diterokai. Berikut merupakan tempat-tempat menarik yang boleh anda terokai di Perak.

 

  1. Gaharu Tea Valley, Gopeng

Gambar oleh Kah Haw Law di flickr.

Gaharu Tea Valley adalah taman teh yang unik dan mempunyai pemandangan yang indah. Apabila anda sudah sampai di sana nanti, apa yang anda akan lihat adalah lembah pokok teh yang luas terbentang. Gaharu Tea Valley juga terkenal dengan pokok gaharu yang  dikatakan mempunyai khasiat dalam perubatan. Pokok gaharu dapat digunakan untuk menghasilkan teh, kopi, sup ayam campur, serbuk pekat dan macam-macam lagi.

Permandangan di Gaharu Tea Valley yang diambil dari komik Perak, Teman Datang! oleh Sylvia Chin.

2. Lost World of Tambun

Gambar diambil daripada The Lost World of Tambun.

Taman tema yang terkenal di Perak ini menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan. Fasiliti yang terdapat di taman tema ini juga sesuai untuk kanak-kanak. Untuk orang dewasa, antara fasiliti yang ada adalah mandian kolam air panas di ‘Lost World Spring & Spa‘ yang dibuka dari 6 petang hingga 11 malam, Banjaran Hot Spring, makan malam di Jeff’s Cellar dan banyak lagi. Jika selama ini anda teringin untuk berada di dalam kolam air panas, Lost World Spring & Spa adalah tempat yang terbaik untuk anda.

3. Movie Animation Park Studio (MAPS)

Gambar diambil dari blog MalaysiaAsia.

Satu lagi taman tema yang ada di Perak. Direka khas untuk kanak-kanak melihat dan berjumpa dengan kartun kegemaran mereka. Diisnpirasikan daripada Disneyland, MAPS mempunyai 6 tempat menarik yang terdapat di dalam by zone dan 5 di dalam my type. Kanak-kanak juga dapat mengikuti pengembaraan di dalam  Space X Explores, Hyperspin, Asteroid Attack dan Megamind Megadrop Power. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web rasmi MAPS.

4. Tasik Cermin, Cave of Wonders

Gambar dari orangperak.

Kalau anda sampai ke penghujung Cave of Wonders, anda akan jumpa satu tasik iaitu Tasik Cermin. Satu tasik yang sunyi tanpa sebarang suara orang ramai atau kesibukan kota, ia satu tempat yang sesuai untuk anda mendapat escapism buat sementara waktu. Destinasi ini juga sesuai untuk bergambar dan dijadikan sebagai set penggambaran filem.

Lover’s Park, berdekatan dengan Cave of Wonders.

5. Royal Belum State Park

Gambar diambil dari belum.com

Di Royal Belum State Park, anda boleh menerokai hutan hujan tertua di dunia yang mempunyai 14 mamalia terancam yang masih berhabitat di sini. Salah satunya adalah Rafflesia, yang jarang dijumpai di negara ini. Selain daripada itu, ada beberapa air terjun yang menarik di sini, antaranya adalah air terjun ruok, air terjun kooi dan air terjun sungai enam. Air yang mengalir daripada air terjun di sini juga sejuk dan nyaman. Destinasi ini sesuai untuk mereka yang selama ini ingin menerokai hutan hujan yang indah dengan suasana yang nyaman. Anda tidak akan menyesal walau sesaat pun apabila berada di sini.

Ah Via dan rakan-rakannya di dalam pengembaraan Perak, Teman Datang!

6. Night Safari Zoo Taiping

Gambar diambil dari caridestinasi

Di Night Safari Zoo Taiping, anda akan dapat melihat haiwan pada waktu malam. Sesuai untuk membawa pasangan anda kerana anda akan rasa seolah-olah seperti di dalam hutan yang sebenar. Sama ada anda penggemar haiwan ataupun tidak, anda pasti tidak mahu terlepas dengan ekspedisi di sini.

7. Pulau Pangkor

Gambar diambil dari goasiaplus

Apa guna pergi ke Perak kalau tidak ke Pulau Pangkor? Suasana yang terdapat di pulau ini pasti akan menenangkan anda. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah melamar pasangan anda, melakukan aktiviti snorkelling, meluncur di atas air, meredah hutan dan pelbagai lagi.

 

Sebenarnya, ada banyak lagi destinasi menarik untuk diterokai dan makanan yang sedap boleh didapati di Perak. Jika anda ingin mempelajari lebih lagi tentang destinasi menarik di Perak, anda boleh dapatkan komik ‘Perak, Teman Datang!’ di lejen.my. Anda akan ditemani oleh watak-watak yang bernama Hilmi, Ah Via dan Jacey di dalam satu pengembaraan ke destinasi-destinasi menarik yang terdapat di Perak. Ah Via akan memperkenalkan kepada anda variasi makanan yang sedap dan destinasi yang (mungkin) anda belum tahu selama ini.

 

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca