Derita Akibat Kanser, Peminjam Suara ‘Detektif Conan’ Hembus Nafas Terakhir

derita-akibat-kanser-peminjam-suara-detektif conan-hembus-nafas-terakhir
derita-akibat-kanser-peminjam-suara-detektif conan-hembus-nafas-terakhir
Sumber: Wallpaper Safari

Zairani Sarbini, peminjam suara bagi watak animasi penyiasatan terkenal, Detektif Conan, telah menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya di Damansara petang semalam.

Artis alih suara berusia 48 tahun itu meninggal dunia pada 3.30 petang akibat menderita kanser serviks.

Kesihatan arwah semakin merosot sejak seminggu lalu dan tidak sempat menjalani kemoterapi di Institut Kanser Negara, sebaliknya meneruskan rawatan di rumah, menurut suaminya, Shamsul Cairel.

Bagaimanapun, sejak sel kanser merebak ke otak beliau tidak dapat bertutur malah, sejak kelmarin sudah nampak tanda arwah nazak kerana nafas terputus-putus.

“Walaupun dibantu oleh Hospis Malaysia dan berbekalkan ubat-ubatan sepanjang di rumah keadaan beliau terlalu lemah.

“Bantuan dan sokongan semua pihak dan yang menjaga arwah sepanjang tempoh rawatan, saya mewakili ahli keluarga sangat berterima kasih,” katanya ketika dihubungi .

Jenazah Zairani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor pada jam 9 pagi tadi, kata Shamsul.

“Jika ada sebarang urusan dengan arwah yang masih belum sempat ditunaikan oleh arwah, datanglah temui saya dan memohon kepada sesiapa yang mengenali, doakan serta maafkan kesalahan arwah,” tambahnya.

Ramai pihak terutama ahli keluarga arwah isterinya yang menetap di Perak kesal tidak sempat menemui arwah buat kali terakhir kerana sekatan pergerakan.

Menurut beliau, isterinya dikenali sebagai seorang yang ceria, suka bergurau serta gemar membantu malah dalam kalangan artis alih suara amat terkesan dengan kehilangan ‘Kak Baby’.

Beliau turut terharu dengan keprihatinan ditunjukkan oleh Datuk Jalaluddin Hassan, iaitu salah seorang rakan arwah yang sering bertanya akan keadaan arwah sejak menghidap kanser

Untuk baca artikel-artikel berkaitan sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca