Dengarkan Lagu ‘Someone Like You’ Nyanyian Adele Jika Mahu Jantung Anda Kekal Sihat

Perkongsian kali ini mungkin kedengaran lucu dalam kalangan pembaca sekalian. Tetapi ketahuilah bahawa lagu nyanyian Adele dan Enya versi instrumental ini mampu mengawal kesihatan jantung dan menghilangkan tekanan terutama kepada wanita yang sedang memandu di jalan raya.

Baru-baru ini, kajian yang dijalankan oleh dua orang saintis mendapati bahawa golongan wanita muda di Brazil yang memandu dalam kesesakan jalan raya akan menjadi lebih tenang tatkala mendengar lagu nyanyian Adele dan Enya.

Menurut laporan mStar, alunan muzik lagu tersebut mampu mengurangkan degupan jantung manusia. Ini kerana, muzik dianggap berupaya mempengaruhi irama gelombang otak. Malahan, bunyian muzik juga mampu mengawal selia aktiviti dalam sistem saraf, menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.

Saintis yang merupakan kakitangan di salah sebuah universiti di Sao Paolo itu menyenaraikan lagu-lagu dalam kajian yang dijalankan, antaranya Someone Like You (Adele), Exile (Enya), Electra (Airstream), Amazing Grace (Chris Tomlin).

Menurut Profesor Vito Valenti, hasil kajian mendapati bahawa ketegangan di bahagian jantung manusia berkurangan sewaktu mendengat lagu tersebut ketika memandu.

Pemerhatian berdasarkan eksperimen yang dilaksanakan juga mendapati apabila seeorang berada dalam keadaan stres, tubuh mereka akan membebaskan bahan kimia yang boleh mempercepatkan jantung.

Peningkatan kadar degupan jantung ini seterusnya membawa kepada tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan risiko keradangan atau serangan jantung kepada orang yang sudah mengalami penyakit serius.

Tempoh keradangan atau tekanan darah tinggi yang berpanjangan mampu membuat seseorang lebih cenderung untuk mengalami penyakit jantung, kegagalan jantung atau strok.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom, dengarkan lagu Adele atau lagu yang berentak instrumental untuk elak jantung daripada tekanan khususnya sewaktu sedang menghadapi kesesakan jalan raya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca