Dengan Teknologi Serba Canggih, I-City Golden Triangle Bakal Setanding Bandar-Bandar Global

SHAH ALAM- i-City Golden Triangle yang terletak di ibu negeri Selangor ini bakal menjadi setaraf dengan bandar-bandar lain di seluruh dunia dengan teknologi mereka yang serba canggih dan sambungan internet yang menyokong maksimum 400G.

i-City Golden Triangle memanfaatkan kelebihan penggunaan teknologi bagi mencabar sempadan pembangunan dan tawaran produk untuk meluaskan sfera pengaruh dalam kalangan pemain terkemuka industri.

Bandar teknologi nombor satu di Malaysia ini merupakan transit-oriented development (TOD) bertaraf antarabangsa yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi Selangor sebagai pusat perdagangan Selangor.

Dalam erti kata lain, i-City Golden Triangle bukan sebarang pembangunan hartanah. Ultrapolis ini bertujuan untuk mewujudkan aktiviti perniagaan yang akan merevolusikan lokasi ini sebagai pusat teknologi dan inovasi yang tersohor di peringkat global.

Ia sekali gus menjadi contoh kepada para pemaju lain untuk merancang projek mereka pada masa hadapan dengan mengambil kira norma dan gaya hidup baharu selepas penularan pandemik COVID-19.

Untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, i-City Golden Triangle kini melebarkan sayap mereka ke dalam industri perkhidmatan khususnya informasi teknologi (IT) dan kewangan.

Untuk membuktikan kemampuannya dalam mewujudkan masyarakat pintar yang kohesif dan saling terhubung, anda dapat melihat penyatuan teknologi ini menerusi i-City SuperApp di mana ia merupakan sebuah aplikasi yang digunakan untuk melakukan pembayaran, tempat letak kereta dan perkhidmatan lain dekat dalam ultrapolis ini.

i-City SuperApp. Sumber: App Advice

Dengan memasukkan elemen IT yang tersebar luas dalam perniagaan sektor perkhidmatan, i-City Golden Triangle akan menjadi destinasi pilihan syarikat teknologi antarabangsa yang merancang untuk berpindah ke rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia untuk infrastruktur bertaraf dunia dan pekerja yang pakar dalam bidang masing-masing.

Dalam pada itu, perkongsian turut terjalin bersama pemimpin-pemimpin teknologi di seluruh dunia termasuk Huawei International, HIKVision dan SenseTime untuk merealisasikan impian mengubah i-City Golden Triangle yang disokong oleh rangka tindakan tempatan tetapi dengan footprint antarabangsa.

Sebagai tambahan kepada pelaburan asing secara langsung, kolaborasi bersama nama-nama besar seperti ServCorp dari Australia, Hilton Group di Amerika Syarikat dan Central Group di Thailand turut membuktikan syarikat-syarikat berkenaan yakin dengan i-City Golden Triangle.

I-Berhad telah berjaya mengubah i-City Golden Triangle kepada hab penting transformasi ekonomi yang mengandungi kehidupan, pekerjaan dan rekreasi sebagai nadi kehidupannya.

Menara Sumurwang adalah tambahan terbaharu dalam i-City Golden Triangle di mana ia menggunakan ABC (A- kecerdasan buatan, B- data besar, C- pengkomputeran awan dan ciri-ciri pintar.

Projek kediaman terbaharu mereka iaitu BeCentral yang terletak bersebelahan pusat beli-belah Central i-City dan DoubleTree by Hilton menggunakan pengecaman wajah dan kod QR untuk masuk dan akses tempat letak kereta.

BeCentral

Namun, apa yang lebih penting adalah apa yang mendorong pembangunan ICT pada hari ini juga merangkumi otak kedua yang melengkapkan keseluruhan ekosistem ​​ICT untuk mengubah, menaik taraf dan mempromosikan pengurusan perbandaran pintar dan automasi bangunan.

Apabila selesai, ultrapolis tersebut akan menjadi bandar antarabangsa yang berpusatkan IT terdiri daripada pusat membeli-belah, menara 78 tingkat yang ikonik, menara pejabat korporat Gred A, pusat data Tier-3, hab inovasi dan hotel, pusat rekreasi serta kediaman.

i-City

Tan Sri Lim Kim Hong

Dibangunkan oleh I-Berhad, i-City adalah ultrapolis pegangan bebas seluas 72 ekar yang terletak sepanjang Lebuhraya Persekutuan dengan akses jejambat langsung.

Dibayangkan sebagai bandar pintar oleh Tan Sri Lim Kim Hong iaitu Pengerusi Eksekutif I-Berhad, i-City adalah hab perniagaan antarabangsa pada waktu siang dan tempat gaya hidup menjelang malam.

Gabungan antara hidup pintar dengan komponen komersial, kediaman dan masa lapang, Ultrapolis terdiri daripada menara korporat, suite pejabat siber, kediaman servis, hotel, pusat data dan pusat membeli-belah Central i-City seluas 1.5 juta kaki persegi.

Diiktiraf sebagai MSC Malaysia Cybercentre, destinasi pelancongan dan ditetapkan sebagai taman antarabangsa, evolusi i-City terus menjadi perjalanan yang menarik.

Kehadiran jenama antarabangsa seperti Servcorp Limited, Al-Rajhi Banking Group, Best Western dan Hilton Worldwide memberi sokongan kepada daya tarikan i-City sebagai kawasan hidup dan bekerja.

Pelaburan Central Pattana Plc dari Thailand untuk pembukaan pusat beli-belah Central i-City pada tahun 2019 juga menandakan i-City sebagai pusat membeli-belah serantau.

Dengan adanya semua ini, i-City akan menjadi pusat segi tiga emas Selangor dan merangsang pembangunan sosio-ekonomi untuk Klang dan Shah Alam.

7 keajaiban i-City

1. Bandar teknologi nombor satu

Menara Sumurwang

Sebuah hab antarabangsa dengan 32 blok termasuk lima menara pejabat Gred A, tiga pusat konvensyen, tiga hotel dengan gabungan lebih daripada 1,000 kunci, 3,500 unit kediaman, pusat membeli-belah serantau, pusat data dan taman tema.

Ia juga boleh diakeses melalui lebuh raya utama, seperti Lebuhraya Persekutuan dengan akses jejambat langsung, NKVE dan Lebuhraya Pantai Barat.

Anda boleh menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke i-City Golden Triangle dengan adanya stesen LRT3 i-City dan KTM berdekatan. Selain itu, terdapat 20,000 tempat letak kereta untuk para pengunjung telah disediakan oleh pihak pemaju. Hak milik bebas sebanyak 72 ekar, GDV RM 10.0 bilion, MSC Malaysia Cybercentre, pusat tarikan pelancong dan bandar antarabangsa.

2. Identiti ikonik

Ia dicipta dengan bentuk seni bina yang unik, sirip, pelapisan, ciri-ciri pencahayaan pada waktu malam dan banyak lagi yang dirancang oleh arkitek terkenal dan telah memenangi banyak anugerah.

3. Pembangunan ultrapolis saling berhubung

ia merupakan destinasi all-in-one dengan infrastruktur teknologi pintar yang mewujudkan persekitaran yang selamat dan meriah untuk semua.

4. Kehidupan bandar yang lestari

Penyediaan jambatan pejalan kaki yang tinggi antara blok-blok bangunan di i-City untuk menghubungkan membeli-belah, tempat tinggal, bekerja dan bersantai dalam satu aliran lancar melalui centralWalk.

5. Menara Selangor Golden Triangle

Bakal menjadi bangunan tertinggi di Shah Alam apabila siap, pencakar langit 78 tingkat ini akan menjadi mercu tanda yang menempatkan hotel antarabangsa bertaraf lima bintang antarabangsa dan pejabat Gred A yang canggih.

6. Pusat beli-belah Central i-City

Pusat beli-belah serantau Thailand pertama di Malaysia yang menerima 1.5 juta GFA pertama di Malaysia daripada pengendali pusat beli-belah utama Asia iaitu Central Pattana Plc Group.

7. Smart City

Dengan statusnya sebagai bandar raya teknologi nombor satu Malaysia, i-City menggunakan ABC (A-kecerdasan buatan, B-data besar, C- pengkomputeran awan) untuk membentuk otak kedua yang melengkapkan ekosistem ICT mereka untuk mengubah, menaik taraf dan mempromosikan pengurusan bandar pintar dan automasi bangunan.

Untuk maklumat lanjut tentang i-City Golden Triangle, anda boleh hubungi Tang Soke Cheng di talian 012-2050938 / 03-55218866 atau e-melkan kepada [email protected].

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan i-City Golden Triangle, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca