Dengan Hanya RM20, Anda Dapat Menawan Hati Si Dia

Hari lahir ialah hari yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang. Hadiah yang paling menarik ialah hadiah yang mempunyai sentuhan peribadi. Kami kongsikan empat hadiah yang menarik untuk menawan hati si dia:

1. Kupon

Sekiranya anda kekurangan masa dan masih tercari-cari hadiah yang terbaik, anda boleh cuba memberikan kupon yang khusus ataupun kupon yang am sebagai hadiah.

Contoh kupon yang khusus ialah kupon makanan dan kupon tiket wayang manakala kupon yang am ialah anda memberi mereka kupon kosong dan mereka boleh gunakan kupon tersebut untuk apa-apa kegunaan selama setahun.

2. Power bank

Untuk semua pemilik telefon pintar, power bank ialah salah satu keperluan dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya anda benar-benar risau bahawa si dia akan suka ataupun tidak hadiah anda, anda boleh memberikan sesuatu yang mereka perlukan, bukan sesuatu yang mereka mahu. Contohnya, power bank.

Dengan memberikan mereka power bank, anda tahu mereka akan menggunakan hadiah yang anda beri dan tidak hanya menjadikan hadiah tersebut sebagai hiasan.

3. Buku nota

Walaupun hadiah ini agak klise jika dibandingkan dengan hadiah yang lain, tetapi di I Am Lejen Shop, kami juga mempunyai solusi untuk masalah anda. Anda cuma perlu membayar RM20 untuk dua buah buku yang sudah siap dibalut bersama beg kertas sekali.

Kulit muka buku ini dipilih secara rawak, tetapi yang paling penting sekali, penerima hadiah akan menjadi lebih teruja untuk menerima hadiah tersebut. Anda gembira, si dia pun gembira.

4. Wang tunai

Kalau anda masih lagi tidak tahu hadiah yang terbaik untuk si dia, anda boleh memberikan mereka wang tunai. Hadiah yang praktikal dan pastinya amat diperlukan olehnya. Namun begitu, disebabkan hari lahir ialah hari yang istimewa, mungkin anda boleh menjadi sedikit eksperimental dengan pembungkusan wang itu.

Anda boleh memberikan wang tersebut dalam bekas coklat, kotak tisu ataupun menyerupai barang kegemaran mereka. Apabila mereka buka bungkusan tersebut, akan wujud elemen kejutan kerana mereka tidak sangka akan ada wang dalam bungkusan tersebut.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai hadiah yang menarik dan tidak mengambil masa yang lama untuk anda sediakan walaupun anda kekurangan masa untuk menyediakan hadiah yang terbaik.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca