Dengan Hanya Menggunakan Barang Dapur, 7 Petua Ini Mampu Mencairkan Kahak

Ramai di antara kita yang mempunyai masalah kahak dan ia juga disebabkan oleh kesan daripada batuk. Namun, mungkin anda juga tidak mahu bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata. Hal ini kerana, kadang kala ubat yang diambil akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kita dalam jangka masa yang panjang.

Jadi, di sini penulis akan berkongsi dengan anda semua petua-petua yang sering digunakan oleh orang-orang tua dahulu untuk mencairkan kahak dengan cepat serta tidak mempunyai kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan anda semua.

Antara petuanya adalah:

1. Bawang Putih

Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional yang dapat melegakan masalah kahak. Selain itu, kandungan sulfur di dalam bawang putih juga mampu membantu melonggarkan kahak yang pekat.

Caranya: Anda hanya memerlukan satu labu bawang putih bersama kulit dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas selama 15 minit . Pastikan bawang putih tersebut tidak dibakar sehingga menjadi hangit dan setelah itu buang kulit bawang dahulu sebelum dimakan begitu sahaja.

2. Halia

Halia dapat membantu untuk membuang kahak yang ada dalam badan anda dan ia juga dapat mengurangkan rasa pedih pada tekak. Di samping itu, anda juga boleh mencampurkan pudina segar bersama dengan halia kerana ia dapat membantu menghilangkan rasa gatal pada kerongkong yang telah menyebabkan terjadinya batuk.

Caranya: Rendamkan halia terlebih dahulu, kemudian masukkan beberapa helai daun pudina di dalam gelas yang berisi air panas serta campurkan dengan sedikit madu. Amalkan dua kali sehari dan anda akan merasai perbezaannya.

3. Kunyit

Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi dan khasiat yang ada di dalamnya dapat membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Selain itu, ia juga mampu membantu tekak anda daripada berlakunya pembentukan kahak.

Caranya: Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam, kemudian hirup perlahan-lahan supaya ia boleh mengurangkan kahak yang terkumpul.

4. Asam Jawa

Asam jawa sememangnya terkenal dalam campuran masakan Melayu tetapi adakah anda tahu bahawa ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuat tekak anda berasa lega.

Caranya: Campurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam, kemudian tapis air asam jawa tersebut untuk mengasingkan biji serta seratnya. Anda boleh mengamalkan petua ini dua kali sehari untuk mendapatkan kesan yang cepat.

5. Air Garam

Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang disebabkan oleh batuk yang berpanjangan dan ia juga dapat membantu mengeluarkan kahak di tekak. Selain itu, cara ini juga dapat membantu menghilangkan batuk anda dengan cepat.

Caranya: Anda hanya perlu menyediakan segelas air suam dan sesudu teh garam, kemudian kacau sehingga sebati dan kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari.

Nota: Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak sesuai untuk menggunakan petua ini kerana bimbang mereka akan tertelan air garam dalam kuantiti yang banyak.

6. Air Kosong

Akhir sekali, air merupakan sumber yang sangat penting untuk kehidupan. Hal ini kerana, kekurangan cecair di dalam badan anda akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan seperti tekak menjadi kering dan sebagainya. Oleh itu, air putih atau air kosong akan menolong anda untuk mencairkan kahak dalam tekak serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap.

Namun, melalui perkongsian ini, penulis berharap agar ia mampu memberi sedikit info yang berguna serta bermanfaat kepada warganet. Selain itu, anda boleh amalkan petua ini sekiranya anda mengalami masalah untuk mengurangkan kahak.

Sumber: RESEPI VIRAL

Artikel Lain Untuk Di Baca