Search
Close this search box.

Dengan Hanya Berjalan Kaki, 5 Penyakit Ini Dapat Disembuhkan

Ramai masyarakat yang tidak menyedari, berjalan kaki juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Perkara ini dapat disokong dengan adanya satu kajian yang membuktikan berjalan juga boleh mengurangkan lima jenis penyakit dan yang paling penting ia merupakan proses rawatan tanpa mengeluarkan wang.

Berikut merupakan 5 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan hanya berjalan kaki:

1. Serangan Jantung: Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Hal ini kerana, otot jantung memerlukan aliran darah yang lebih laju supaya ia sentiasa sihat dan dapat mengepam darah tanpa henti.

2. Mencegah Osteoporosis: Sering berjalan kaki bukan hanya meyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, malah rangka dan tulang di dalam tubuh badan kita juga akan menjadi lebih kuat. Hal ini kerana, Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium sahaja. Ia memerlukan waktu sekurang-kurangnya 15 minit sehari dalam melakukan aktiviti berjalan kaki.

3. Kolesterol: Jika anda ingin menurunkan kadar kolesterol dalam badan, mulai hari ini bolehlah melakukan rutin berjalan kaki pada setiap hari selama satu jam supaya kesannnya lebih pantas. Selain itu, ia juga mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama dibahagian perut.

4. Kanser: Gejala kanser juga akan lenyap dengan sendirinya jika anda rajin melakukan aktiviti berjalan kaki. Namun, jenis kanser yang dimaksudkan adalah kanser usus besar (Colorectal Carcinoma).

5. Mencegah Kencing Manis: Dengan rutin berjalan kaki kira-kira 6km per jam, dalam tempoh sekitar 50 minit mampu mencegah berlakunya diabetes. Selagi gula dalam darah boleh dikawal hanya dengan cara berjalan kaki, maka ubat tidak diperlukan lagi.

Melalui aktiviti berjalan kaki ini, penulis berharap agar wargenet semua mampu melakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana kita semua berhak mengubah ke arah menjaga kesihatan yang lebih baik agar terhindar daripada penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Sumber: KartelDakwah

Artikel Lain Untuk Di Baca