Dengan Boost – Anda ‘Shake’, Anda Dapat Duit!

Tidak kisahlah anda makan di restoran atau membeli-belah di mana-mana pasaraya, penulis pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah biasa dengan cara pembayaran cashless atau nirtunai apabila hendak membuat sebarang pembayaran di kaunter. Bukan apa, kadangkala jumlah wang tunai di dalam dompet tidak mencukupi untuk kita membuat bayaran. Nak lari mencari ATM sekejap, memang taklah. Nanti tak pasal-pasal anda dilabel macam-macam. Nak elakkan perkara memalukan ini daripada berlaku? Well, selain daripada Pay Wave, Boost dapat membantu anda.

Ehh tidak. Ini bukan Boost Juice yang anda selalu minum tu. Bukan. Boost yang ini adalah satu aplikasi e-Wallet yang membolehkan pengguna untuk melakukan transaksi atas talian dengan hanya sekali imbas. Ya, dengan aplikasi ini, anda hanya perlu imbas kod QR yang tertera di mana-mana rangkaian rakan dagang Boost dan *puff!* – pembayaran anda selesai. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store.

Bagaimana untuk menggunakan Boost? Seperti kad Touch ‘n Go, anda perlu menambah nilai sejumlah wang ke dompet Boost anda sebelum ia boleh digunakan untuk sebarang pembayaran.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada aplikasi Boost termasuklah:

  • Pembayaran secara ‘Scan & Pay’
  • Kod QR untuk pelanggan
  • Hantar wang, terima wang dan buat permintaan untuk berkongsi wang dengan kawan-kawan atau keluarga
  • Tambah nilai prabayar

 

Paling menarik – dengan Boost, anda membeli dan menebus baucar-baucar dari rangkaian rakan kongsi Boost! Anda juga boleh menghantar baucar-baucar tersebut sebagai hadiah kepada rakan-rakan atau orang yang tersayang. Dan… yang paling penting, anda ‘shake’, anda dapat duit! Boost juga memberikan ganjaran ‘duit raya’ kepada penggunanya pada setiap kali musim perayaan. Menarik, bukan?

 

Aplikasi Boost boleh digunakan di mana-mana rangkaian rakan dagangnya dan anda hanya perlu ‘scan & pay’. Kini, anda juga boleh bayar pakai Boost di I Am Lejen Shop. Anda boleh lawati laman web Boost untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ganjaran-ganjaran yang memang syok! Selamat ber-‘Boost’ dan selamat ber-‘shake shake’!

 

Rujukan: Boost 

Kredit Foto Paparan Utama dan Video: Saluran Youtube My Boost App 

Artikel Lain Untuk Di Baca