Dengan Baca Mantera, Bomoh Ini Kaut Untung Lebih RM215,000 Sebulan

Dengan menawarkan perkhidmatan membaca mantera dan kad nasib, menjual anak patung berhantu serta membuat lilin berbentuk alat kelamin, seorang bomoh di Singapura berjaya menjana pendapatan sekitar $70,000 (RM215,426) sebulan.

Turut dikenali sebagai DarkWitchBambi, Bambi Leong ialah pemilik dan juga ketua ahli sihir di The Love Witch. Wanita berusia 28 tahun itu turut menjual buku mantera memenuhi keperluan pelanggan seperti membolehkan individu bercakap dengan orang yang sudah tiada dan menyakitkan individu masih hidup.

Menurut Bambi lagi, kebanyakan pelanggan bomoh moden itu terdiri daripada kaum wanita dan masalah utama yang selalu diceritakan kepadanya adalah cinta.

Apabila membaca mantera cinta, bomoh itu akan mengukir nama dan tarikh lahir lelaki atau perempuan yang dimahukan oleh pelanggannya ke sebatang lilin dan membakarnya dengan salah satu minyak khas.

Sumber: Asia One

Memetik laporan Asia One, Bambi berkata pengalaman pertama dia melihat benda-benda ghaib adalah semasa kecil. Bermula sejak umur dua tahun, wanita itu telah didedahkan dengan pengalaman yang penuh mistik.

Apabila Bambi menceritakan pengalaman mistik tersebut kepada nenek dan ibunya, kedua-dua wanita itu menerima perkara tersebut dengan senang hati dan menyatakan bahawa mereka juga mengalami pengalaman yang sama.

Walau bagaimanapun, bapa Bambi menganggap pengalaman mistik itu sebagai halusinasi sahaja dan kemudiannya membuat keputusan untuk bercerai dengan ibunya.

Sumber: The Vocket

Pada tahun 2019, Bambi meninggalkan pekerjaannya sebagai guru bahasa Inggeris kerana menganggap ia bukanlah pekerjaan yang tepat untuknya. Selepas berhenti kerja sebagai guru bahasa Inggeris, Bambi mula menawarkan perkhidmatan membaca kad nasib di Carousell.

Walaupun rata-rata pelanggan meninggalkan maklum balas positif, Bambi akui masih ada yang mempersoalkan perkhidmatan ditawarkan oleh wanita tersebut.

Tambah Bambi lagi, seorang lelaki yang menyimpan perasaan terhadapnya dan mahu berkenalan dengannya mula mencemuh wanita itu apabila mengetahui pekerjaan sebenarnya.

Sumber: Instagram @bambidarkwitch

Daripada cuba membantah, Bambi lebih suka membiarkan saja komen-komen negatif dan memilih untuk memberi tumpuan kepada pelanggan yang menyokongnya.

“Sekiranya seseorang individu itu tidak percaya dengan magis, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila,” ujarnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca