Dendam Punya Pasal, Lelaki Ini Penggal Dan Campak Kepala Isteri Dalam Terusan

Dalam satu insiden yang cukup mengerikan, seorang lelaki di India bertindak memenggal kepala isterinya sebelum mencampakkannya ke dalam sebuah terusan di Andhra Pradesh.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Vijayawada, operasi mencari kepala mangsa kini sedang giat dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa dan juga nelayan tempatan.

Pada masa yang sama, sebuah telefon bimbit dan senjata yang digunakan suspek untuk memenggal kepala mangsa turut dicari.

Difahamkan, pada 11 Ogos lalu, tertuduh yang dikenali sebagai Pradeep Kumar berkunjung ke kediaman mangsa iaitu Manikranti yang bertempat di Srinagar dan bertindak memenggal kepala mangsa.

Insiden ngeri itu dirakam menerusi kamera keselamatan litar tertutup (CCTV). Selepas melakukan jenayah terbabit, tertuduh dilihat berlari sambil memegang sabit dan kepala mangsa.

Pradeep kemudiannya melemparkan kepala itu ke dalam tempat saluran air sebelum menyerah diri ke balai polis di Satyanarayanapuram.

Untuk rekod, pasangan berkenaan berkahwin pada tahun 2015 namun memilih untuk tinggal berasingan berikutan masalah rumah tangga. Terdahulu, mangsa pernah membuat aduan keganasan domestik terhadap Pradeep sekali gus menyebabkannya ditahan.

Menurut pihak polis, Pradeep yang baru sahaja dibebaskan dengan ikat jamin membunuh isterinya kerana dendam.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca