Denda Tidak Memakai Pelitup Muka Bertanda SIRIM, Ini Reaksi Warganet

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pengunguman bahawa denda bagi pembekal pelitup muka yang tiada cop pengesahan MS SIRIM yang akan bermula pada 4 Julai 2022 telah ditangguh ke tahun hadapan, 2 Januari 2023.

Dalam undang-undang, akan dikenakan denda sebanyak RM100,000-RM200,000 kepada pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan.

Warganet di Twitter berkongsi pendapat mereka tentang tindakan ini terutama kesan kepada pembekal atau individu yang menjual pelitup muka secara persendirian.

Sumber: Twitter

Sesetengah warganet mempersoalkan tentang negara lain sudah tidak wajib untuk memakai pelitup muka dan penangguhan ini bermaksud rakyat Malaysia akan tetap memakainya untuk jangka masa yang lama.

Perkara ini akan membebankan pembekal pelitup muka yang sudah menambah stok untuk dijual kepada pengguna.

Ia juga akan membebankan pengguna dari segi kemudahan untuk membeli dan mengurangkan pemakaian pelitup muka.

Selain itu, terdapat juga warganet yang memahami tindakan ini kerana virus COVID-19 masih belum berakhir tetapi juga mengharapkan kerajaan akan mencari cara untuk tidak membebankan pembekal dan pengguna.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca