Denda Tidak Lebih RM1,000 Atau Hukuman Penjara 6 Bulan Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ini, Jabatan Peguam Negara telah menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

Warta itu memaklumkan mengenai peraturan-peraturan penting yang perlu dipatuhi sepanjang berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Difahamkan, peraturan-peraturan ini berkuat kuasa bagi tempoh bermula tanggal 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Menurut warta berkenaan, mana-mana individu yang melanggar peruntukan dalam peraturan ini, mereka boleh disabitkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Seain itu, sebanyak 22 sektor perkhidmatan penting negara telah disenaraikan dalam perkhidmatan penting negara, memperlihatkan beberapa penambahan dalam senaraian seperti hotel dan penginapan, hidupan liar dan e-dagang.

Sebelum warta ini dikeluarkan, Seksyen 11(4) Akta 342 dibaca bersama Seksyen 24(a) akta sama menegaskan, sesiapa yang melanggar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Berikut merupakan apa yang perlu diketahui mengenai Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca