Apa yang perlu anda buat kalau pasport antarabangsa anda hilang? Jika semua usaha mencari, menemui kebuntuan dan pasport anda yang hilang itu masih juga tidak ditemukan, anda perlu tahu untuk mendapatkan pasport baharu daripada imigresen Malaysia kerana ada kadar denda tertentu yang akan dikenakan.
Penulis akan kongsikan kadar denda yang akan dikenakan ke atas kehilangan atau kerosakan pasport Malaysia antarabangsa melalui petikan Facebook yang dimuat naik oleh Miza Luziza Che Ahmad.
Dendanya adalah:
1. Umur 13 tahun hingga 59tahun
Hilang kali pertama denda RM200
Hilang kali kedua denda RM500
Hilang kali ketiga denda RM1000
Ditambah dengan harga pasport baru pula sebanyak RM200
2. Umur 12 tahun ke bawah
Hilang kali pertama denda RM200
Hilang kali kedua denda RM500
Hilang kali ketiga denda RM1000
Ditambah dengan harga pasport baru pula RM100
3. Kalau belajar di luar negara dan umur anda 21 tahun ke bawah
Hilang kali pertama denda RM200
Hilang kali kedua denda RM500
Hilang kali ketiga denda RM1000
Ditambah dengan harga pasport baru pula RM100
4. Umur anda 60 tahun ke atas
Anda bayar harga pasport RM100 sahaja. Tidak ada denda
5. Kalau anda ada kad OKU
Pasport percuma. Denda pun tidak dikenakan.
Tetapi anda perlu ingat ini untuk kehilangan dan kerosakan pasport Malaysia antarabangsa yang masih sah laku.
Kalau pasport anda dah tamat tempoh sah laku atau pasport anda dah mati, tidak ada kena mengena dengan denda di atas kalau hilang dan rosak pun.
Sekian harap maklum.
Di atas merupakan petikan yang dikongsi oleh beliau mengenai harga kehilangan atau kerosakan pasport. Penulis berharap agar masyarakat lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara sebegini sekiranya anda tidak mahu membayar lebih. Melalui informasi ini juga, penulis berharap agar ia menjadi ikhtibar untuk semua masyarakat.
Sumber: Facebook