Demi Rakaman, Usahawan Kosmetik Terkenal Disyaki Pukul Anak Angkat

Hanya kerana ingin merakam gelagat anaknya menangis, seorang usahawan yang acapkali mencetus kontroversi didakwa memukul anak angkatnya di dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku pada Februari lalu.

Laporan polis telah dilakukan oleh pengadu yang mendakwa suspek memukul anak angkatnya itu sewaktu berada di kediaman mereka di Selangor.

Menurut sumber, usahawan terbabit dikatakan telah memukul muka kanak-kanak berusia dua tahun dengan menggunakan tangan sewaktu mahu merakam gelagatnya menangis.

Menurut pengadu, selepas kejadian itu, suspek ada memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama mangsa selain mengarahkan memukul kanak-kanak terbabit.

Namun begitu, pengadu mendakwa dia tidak menurut arahan berkenaan kerana bimbang kanak-kanak itu cedera sebelum suspek mula memukul mangsa menggunakan kasut di badan serta mencubitnya.

Pengadu itu mengaku dia membuat laporan kerana ingin melindungi dirinya daripada dituduh memukul anak angkat suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal telah mengesahkan laporan itu diterima.

“Kami sudah merakam semua kenyataan saksi termasuk suspek.”

Menurut beliau, siasatan akan lengkap dalam minggu ini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Siasatan dilakukan di bawah seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Untuk membaca artikel lain yang berkenaan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca