Demi Raih Simpati Dan Wang Sumbangan, Wanita Ini ‘Kantoi’ Berlakon Jadi Pesakit Kanser Ovari

Seorang wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan penipuan dengan menyamar sebagai seorang pesakit kanser bagi meraih sumbangan daripada orang ramai.

Nicole Elkabbas, 24, didakwa mereka-reka cerita dengan berpura-pura sebagai seorang pesakit kanser ovari dengan mengutip sumbangan orang ramai menerusi laman GoFundMe.

Elkabbas juga turut meletakkan gambarnya yang sedang berbaring di atas katil hospital, unutk membuktikan dirinya memerlukan dana untuk melakukan rawatan bagi penyakitnya.

Namun menurut pihak mahkamah, gambar tersebut sebenarnya diambil selepas dia menjalani pembedahan membuang pundi hempedu.

Hasil penipuannya ini, dia berjaya memperoleh sumbangan bernilai £45,000 (RM246,116)

Lebih mengejutkan apabila dia menggunakan wang berkenaan untuk percutian mewah, membeli tiket perlawanan bola sepak pasukan Tottenham Hotspur dan untuk berjudi.

“Dia tidak menggunakan wang itu untuk rawatan. Wang yang diterimanya sebenarnya untuk pelbagai perkara lain seperti pergi berjudi, percutian mewah, dan untuk membeli tiket Tottenham Hotspur.

“Satu lagi penipuan, apabila foto Elkabbas di atas katil hospital itu berasal dari prosedur yang berbeza iaitu ketika dia menjalani operasi untuk membuang pundi hempedu,” jelas pihak mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Elkabbas yang berasal dari Broadstairs, Kent, menghadapi dua pertuduhan melakukan dua penipuan yang berkaitan dengan wang yang diterimanya antara Februari dan Ogos 2018

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca