KONGSIKAN

Bersempena perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Myanmar yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, pihak Rapid KL bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan LRT laluan Sri Petaling hingga pukul 1 pagi.

Pihak Rapid KL melalui satu post di laman Twitter memaklumkan perkara berkenaan.

 

Foto: Twitter

 

Oleh itu, para penyokong pasukan digalakkan menggunakan perkhidmatan tren Rapid KL, yang turut meliputi perkhidmatan LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang.

Perkhidmatan bagi LRT dan MRT dengan Stesen Bukit Jalil berkenaan dilanjutkan selepas mendapat permohonan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari Sabtu ini sehingga pukul 1 pagi bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada para peminat bola sepak yang bercadang untuk menyaksikan perlawanan AFF Piala Suzuki antara Malaysia dan Myanmar.

Walaupun stesen-stesen lain ditutup seperti biasa namun  para penumpang boleh keluar daripada stesen-stesen berkenaan. Para penumpang juga boleh bertukar laluan di stesen-stesen integrasi sama ada di Stesen Maluri atau Stesen Plaza Rakyat/Merdeka untuk menggunakan perkhidmatan MRT; atau di Masjid Jamek untuk ke Laluan Kelana Jaya.

 

Ayuh kita beramai-ramai ke sana!