Demi Pasaran Dagangan, Pengusaha China Didakwa Rebus Kucing Untuk Hasilkan Produk Dan Makanan

Kumpulan aktivis Anti-Fur Society baru-baru ini mengadakan kempen yang bertujuan untuk menghalang penggunaan bulu haiwan di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan pembaca, pasaran bagi daging dan bulu kucing dikatakan semakin berleluasa di negara China.

Satu hal yang perlu anda ketahui ialah China sehingga kini masih belum menguatkuasakan sebarang akta atau undang-undang yang melibatkan kebajikan dan pencegahan kezaliman terhadap haiwan.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh aktivis Anti-Fur Society menerusi halaman Facebooknya, kebanyakan kucing yang digunakan untuk pasaran adalah kucing jalanan yang tidak dimandulkan.

Malah, lebih menyedihkan lagi apabila mereka turut menggunakan kucing belaan yang telah dicuri sebagai produk pasaran masyarakat setempat. Haiwan comel ini awalnya akan dikumpulkan dan dijual kepada penjual daging.

Proses seterusnya pula memerlukan penjual daging untuk membunuh kucing tersebut dengan merebus haiwan ini secara hidup-hidup.

Kenapa perlu direbus? Langkah merebus merupakan salah satu cara paling efektif bagi melindungi kulit kucing-kucing berkenaan untuk kegunaan pengeluaran kasut, sarung tangan, dompet dan lain-lain.

Perkongsian di Facebook yang telah dilakukan oleh aktivis ini secara tidak langsung tular dan meraih perhatian ramai pihak warganet.

Rata-rata warganet bersimpati dan kesal atas penyebaran berita mengenai haiwan mungil ini.

Sehubungan itu, pihak aktivis meminta sumbangan orang ramai agar dapat memandulkan kucing-kucing di sana sebagai ikhtiar bagi menghalang perlakuan kejam tersebut daripada berterusan berlaku.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca