Demi Palestin, Bella Hadid Tampil ‘Serang’ Instagram

Model terkenal, Isabella Khair Hadid atau lebih dikenali sebagai Bella Hadid tampil mempersoalkan tindakan laman sosial Instagram yang bertindak memadam salah satu hantaran yang dimuat naiknya di Instagram Stories.

Sumber: IMG Models

Model jelita yang berusia 23 tahun itu sebelum ini telah memuat naik foto pasport milik bapanya, Mohamed Anwar Hadid dan menyatakan dia lahir di Palestin.

Sumber: Instagram Bella Hadid

Selepas hantaran tersebut dipadam dengan alasan ia melanggar piawaian Instagram kerana disifatkan sebagai gangguan dan membuli, Bella tampil berkongsi kekecewaannya dan mempersoalkan tindakan laman sosial berkenaan.

“Adakah kami tidak boleh menjadi orang Palestin di Instagram? Bagi saya, ini adalah satu tindakan membuli,” kata Bella.

Sumber: Instagram Bella Hadid

Pada masa yang sama, adik kepada model terkenal, Gigi Hadid itu turut mempersoalkan adakah Instagram cuba untuk memadam sejarah dengan membuang hantaran yang ada kaitan dengan Palestin?

Sumber: Instagram Bella Hadid
Sumber: Instagram Bella Hadid

Tegas Bella yang lahir di California, Amerika Syarikat, dia bangga dengan asal usul keluarga mereka dan orang lain juga patut berbangga dengan asal usul masing-masing.

Sumber: Instagram Bella Hadid
Sumber: Instagram Bella Hadid

Dalam pada itu, Gigi turut berkongsi hantaran adiknya dan menegaskan dia bangga dengan asal usul keluarga mereka.

Sumber: Teen Vogue

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Bella menyatakan perasaan bangganya mempunyai darah Palestin. Sebelum ini, dia sering bersuara dan menunjukkan solidarti terhadap orang Palestin di media sosial miliknya. Malah, Bella sebelum ini juga pernah menyertai protes Free Palestine pada tahun 2017.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca