Demi Menyelamatkan Anak Saudara, Lelaki Ini Sanggup Gadaikan Nyawa Sendiri

Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pantai Kalambu, daerah ini, petang Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, Abd Salleh Hamza, 47, ditemui oleh pihak bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pantai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.29 petang tadi.

Menurut beliau, sebaik di lokasi pihaknya berjaya menemukan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dihanyutkan ombak deras di kawasan pantai tersebut.

Kanak-kanak itu digegaskan ke hospital untuk rawatan lebih lanjut.

“Operasi SAR kemudiannya diteruskan bagi mengesan bapa saudara mangsa yang turut dihanyutkan ombak ketika menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

“Mangsa berjaya ditemui kira-kira 100 meter dari pantai dalam keadaan tidak sedarkan diri, kami kemudiannya memberikan bantuan pernafasan kecemasan sebelum ketibaan pasukan paramedik.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan kecemasan namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca