Demi Mendiang Ibu, Anak Kecil Ini Sanggup Daki Gunung Tertinggi Di Taiwan

Mendiang ibu kepada kanak-kanak berumur 8 tahun bernama Tzou Ze Gang pernah berpesan kepadanya, “When you explore the world in the future, you can bring Mummy’s things along.”

Sejurus menerima pesanan tersebut, Tzou Ze Gang nekad mengembara sejauh 21.8 kilometer bersama ayahnya, Pin Wei Gang semata-mata untuk memanjat gunung paling tinggi di Taiwan iaitu Gunung Jade.

Setelah Tzou tiba di puncak gunung tersebut, dia memegang potret ibunya. Cerita mengenai Tzou telah dimuat naik menerusi laman Facebook dan memperoleh beberapa perhatian warganet. Kebanyakan mereka memberikan ucapan bangga sebagai tanda sokongan kepada Tzou.

Pin tidak pernah putus daripada memberi kata-kata semangat kepada Tzou untuk meneruskan perjalanan mereka sepanjang pengembaraan tersebut berikutan anak kecil tersebut banyak mengalami kesukaran untuk bernafas dan tidak begitu sihat.

Mereka kerap berhenti buat seketika sebelum meneruskan pengembaraan. Pin sering berkata, “Yu shan is the highest point in Taiwan, I’m sure we’ll be closer to Mummy over there.”

Sewaktu berada di atas puncak gunung, Tzou menjerit seraya berkata “Mummy! We’ve reached the top, I cried you to the peak of Jade Mountain!

Pengajarannya, sayangilah orang tuamu selagi mereka masih ada di sisi. Selagi nyawa masih ada, selagi jantung masih berdenyut, layanilah mereka dengan penuh kasih sayang.

Penulis

  • Siti Nur Bashirah Binti Hasnan adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan kisah sedih tentang kepergian orang tersayang, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca