Mungkin benar kata orang, lelaki nalurinya fighter.
Pada suatu malam, Carlos Zetina pergi ke bar di kampus untuk nightlife. Di sana, dia bertemu dan berkenalan dengan seorang gadis. Namanya Nicole, datang ke University of Calgary menerusi program pertukaran pelajar dari Belanda dan murung dengan falsafah Nietzsche.
Sebelum berpisah, mereka sempat bertukar nombor telefon. Selepas malam itu, jenuh Carlos cuba menghubungi gadis itu tetapi tak dapat kerana tersilap nombor.
“Hello, ini Nicole ke?”
“Bukan, ini kedai ikan Ah Chong.”
Tidak mengalah
Carlos tidak mahu Nicole menyalah anggapnya sebagai Mat Romeo yang hanya mahu mempermainkan gadis itu. Dia mengambil keputusan untuk mencari gadis tersebut dengan menggunakan alternatif lain.
Tanpa putus asa, lelaki itu menjejak wanita berkenaan dengan menghantar e-mel kepada lebih 200 orang termasuk pelajar, staf malah dekan universiti turut terjebak sekali dalam usaha pencariannya.
Tajuk e-mel yang bertulis ‘Jumpa awak semalam dan awak bagi nombor salah’ bersama isinya dihantar kepada setiap warga universiti yang bernama Nicole, Nicky, Nikki, Nicolette dan Nik.
Hi, e-mel ini dihantar secara besar-besaran kepada semua Nicole. Sekiranya deskripsi ini tiada kena-mengena dengan anda, mohon abaikan. Sekiranya anda bernama Nicole dari Holland dan awak rasa Nietzsche itu mendatangkan kemurungan sila mesej saya. Sayalah Carlos yang hantar awak dan kawan awak pulang semalam.
Di mana Nicole sebenarnya?
Namun apakan daya, Nicole yang sebenar merupakan pelajar pertukaran jadi dia tidak tersenarai dalam e-mel tersebut dan tidak tahu menahu tentang usaha Carlos untuk mencarinya.
Bagaimana dengan Nicole-Nicole lain?
Walaupun tidak berjaya menemui Nicole yang dicari, e-mel itu berjaya menyatukan hampir semua Nicole yang ada di University of Calgary. Mereka membentuk persatuan ‘Nicole From Last Night’ dan membuka grup Facebook. Sekumpulan Nicole itu juga sering mengadakan pertemuan di pub tempatan.
Some dude emailed every Nicole at U of C to try to find the girl he met last night and instead they formed a girl gang and I am legit DYING @ucalgary #nicolefromlastnight pic.twitter.com/ql4sxuBADQ
— julia gulia (@ParisEsther) September 8, 2018
Seseorang telah memasukkan Nicole Toetenel ke dalam grup Facebook itu dan wanita tersebut mengaku bahawa dialah orangnya yang Carlos tercari-cari itu, cuma dia terlupa apa nombor telefonnya di Kanada.

Nicole bercadang untuk berjumpa duduk mengopi bersama Carlos, tetapi hanya sebagai kawan.
Mungkin ada seorang lagi yang patut menyertai kelab ‘Nicole’. Kata Carlos, sebelum bertemu Nicole Toetenel, nama bekas teman wanitanya juga bernama Nicole.
Untuk baca lagi artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: