Seorang lelaki dari Taipei telah menarik perhatian warganet oleh ciptaannya sendiri dengan akuarium ikan boleh dibawa ke mana sahaja.
Perkara ini bermula apabila terdapat individu telah memuat naik gambar seorang lelaki sedang membawa ikan peliharaan berjalan-jalan menggunakan alat yang berbentuk seperti tangki ikan yang boleh ditolak menggunakan roda.

Tangki ikan tersebut dilengkapi dengan sistem penapisan berkuasa bateri, pam udara untuk oksigen serta sistem pencahayaan yang membolehkan tangki ikan itu digunakan pada waktu malam.

Malah lebih menarik lagi lelaki tersebut merupakan seorang YouTuber DIY popular dari Taiwan yang bernama Huang Xiaojie atau dikenali sebagai Jerry.
Jerry yang memiliki 555,000 subscribers telah berkongsi video sepanjang proses dia mencipta akuarium itu.
Menurut Jerry, proses pembuatan akuarium ini adalah satu cabaran sukar tetapi berasa puas hati apabila ciptaannya itu berjaya digunakan.

Jerry membawa ketiga-tiga ikan emas peliharaannya berjalan-jalan di sekitar taman Taipei dengan cara menolak tangki tersebut.
Ramai warganet memuji dengan rekaan inovatif dari Jerry dan berharap akuarium tersebut dapat dipasarkan agar orang ramai juga boleh membawa ikan peliharaan mereka bersiar-siar satu hari nanti.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: