Demi Konten TikTok, Lelaki Ini Tawarkan RM88 Kepada Individu Sanggup Berlakon Jadi Monyet

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok di Indonesia menjadi bualan ramai selepas menawarkan 300,000 rupiah (RM88) kepada individu terawal yang sanggup berlakon menjadi monyet selama 10 saat.

Tidak berhenti di situ, lelaki itu yang dikenali sebagai Iben M.A. turut menawarkan 100,000 rupiah (RM29) sekiranya individu itu sanggup berlakon menjadi haiwan lain. Disebabkan mahu mendapatkan wang lebih, individu itu sanggup berlakon jadi kambing dan sekali gus menjadi bahan ketawa lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, cabaran itu membuatkan warganet dari negara seberang kurang senang kerana ia kelihatan seperti lelaki berkenaan mahu merendah-rendahkan individu lain.

Sumber: The Vocket

Ada juga yang menyuruh Iben membayangkan sekiranya bapanya sendiri disuruh buat perkara yang sama. Sementara itu, pencipta video tersebut tampil menjawab tohmahan orang ramai dengan berkata apa yang beliau lakukan itu hanyalah sekadar challenge dan bukannya mahu memaksa individu berkenaan untuk berlakon jadi haiwan.

Sumber: TikTok @iben_ma

“Ada yang namanya challenge. Ada yang namanya berbagi (kongsi). Ada yang namanya paksa. Take note, ini video cabaran bukannya berkongsi atau memaksa,” tulisnya.

Pada waktu artikel ini ditulis, video TikTok itu berjaya meraih 7.4 juta tontonan dan 971,000 tanda sukaan. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

@iben_ma

Lah kok jadi gini… 🥺

♬ Face Dance – Funny Tok

Untuk baca artikel-artikel berkaitan TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca