Demi Kempen Kanser Payudara, Instafamous Ini Dedah Bahagian Tersebut Sewaktu Perlawanan Besbol

Baru-baru ini tular berita mengenai tiga model jelita yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh sewaktu perlawanan besbol berlangsung.

Model yang juga dikenali sebagai instafamous ini telah menunjukkan bahagian payudaranya secara sengaja sewaktu perlawanan bola besbol di hadapan jutaan penonton dekat stadium.

Susulan daripada kejadian tersebut, mereka telah dilarang daripada menyaksikan perlawanan besbol secara langsung pada masa akan datang.

Perbuatan ini dianggap sangat tidak beradab berikutan terdapat jutaan penonton yang menyaksikan perlawanan kelima World Series 2019.

Berdasarkan tontonan rakaman siaran perlawanan itu, jelas kelihatan seorang wanita berpakaian kuning sedang mengangkat baju sebelum diikuti oleh dua rakannya. Perlakuan ini seterusnya mendapat sorakan ramai oleh penonton yang hadir.

Video yang merakaman kejadian di Washington DC, Amerika Syarikat ini menjadi tular selepas dimuat naik menerusi laman Twitter.

Hasil siasatan mendapati bahawa ketiga-tiga model berkenaan dikenali sebagai Julia Rose, Lauren Summer dan Kayla Lauren di Instagram masing-masing memiliki seramai 4.3 juta pengikut secara keseluruhannya.

Akibat daripada kejadian itu, mereka bertiga tampil memberi penjelasan bahawa aksi tersebut dilakukan sebagai cara untuk menimbulkan kesedaran kanser payudara bersempena Bulan kesedaran Kanser Payudara.

Walau bagaimanapun, pihak penganjur memberi surat amaran kepada pelaku kerana dianggap melanggar kod pemakaian di stadium.

Artikel Lain Untuk Di Baca